Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SingHealth, SIT meterai MOU 5 tahun, tingkat kerjasama dua pihak

Janil turut tekankan tentang kecekapan yang diperlukan penjaga kesihatan
Sep 17, 2022 | 05:30 AM



MEMUPUK para penjagaan kesihatan masa hadapan yang berinovasi dan mempunyai pandangan yang mendalam mengenai cabaran penjagaan kesihatan masa kini dan masa hadapan.



Demikian kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, dalam ucapannya di Persidangan Pendidikan SingHealth Duke-NUS semalam mengenai kecekapan yang diperlukan oleh para penjaga kesihatan.



Di persidangan itu, Dr Janil turut berkongsi mengenai Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani oleh SingHealth dan Institut Teknologi Singapura (SIT) selama lima tahun sebagai satu kerjasama yang berterusan antara kedua-dua pihak yang telah ditubuhkan pada 2016.



Ia bertujuan menyediakan peluang pembelajaran dan penyelidikan kepada para pelajar SIT serta meneroka pembangunan dan penjenamaan bersama sijil diploma siswazah dan kursus-kursus bagi jururawat, karyawan kesihatan bersekutu dan jurutera dalam sistem penjagaan kesihatan.



Dr Janil turut menyatakan bahawa para penjagaan kesihatan pada masa hadapan harus dilengkapi dengan kemahiran yang betul untuk membangunkan huraian-huraian yang kian berubah bagi mempertingkatkan lagi penyampaian penjagaan kesihatan dengan cara yang bermakna.



"Pandemik Covid-19 telah memaparkan kecekapan yang diperlukan oleh karyawan penjagaan kesihatan dan bagaimana mereka harus didedahkan secara lebih meluas dalam bidang perubatan dan membina keyakinan dalam menangani keadaan perubatan am," kata beliau.



Dr Janil juga menyatakan bahawa beberapa kecekapan tambahan yang amat berguna, seperti pengurusan wabak dan analisis data yang membantu menangani wabak, boleh menyokong usaha negara dalam persediaan menghadapi wabak penyakit pada masa depan.



Beliau menyatakan bahawa ia adalah penting untuk memikirkan semula apakah yang diperlukan dalam pendidikan penjagaan kesihatan, daripada program sekolah perubatan kepada latihan bagi pakar pascasiswazah.



"Menyusuli langkah negara ke arah 'Healthier SG' untuk menyediakan penjagaan yang holistik untuk warga Singapura, serta mengelakkan penyakit kronik dari bermula dan mempunyai komplikasi, ia adalah penting untuk kita mengikuti perkembangan dalam bidang-bidang 'Healthier SG' dan memastikan latihan bagi para profesional penjagaan kesihatan kekal relevan," ujar beliau.



Menurut beliau, penjagaan untuk pencegahan dan pengurusan keadaan pesakit yang lebih holistik akan diberikan tumpuan yang lebih.



Oleh itu, perubatan keluarga akan dipaparkan dengan lebih ketara dalam kurikulum perubatan dan program sarjana Doktor Perubatan (MD) Duke-NUS telah meningkatkan kurikulum perubatan keluarga mereka dari empat minggu hingga sembilan minggu.



"Secara umum, doktor perubatan umum (GP) adalah tempat pertama di mana seorang individu yang menghadapi sebarang isu kesihatan akan mendapatkan rawatan.



"Oleh itu, mereka yang paling sesuai untuk menggalakkan pengambilan penjagaan pencegahan kerana nasihat dan pengurusan mereka bagi penyakit yang ketara adalah kritikal untuk membolehkan pesakit mengambil pemilikan kesihatan mereka dengan memupuk tabiat gaya hidup yang baik," kata Dr Janil.



Beliau menambah bahawa para GP juga boleh menjaga pesakit yang mendaftarkan diri dengan mereka dan boleh menangani bukan sahaja masalah perubatan secara segera tetapi juga penentu sosial yang mempengaruhi hasil kesihatan pesakit mereka.



Peranan yang semakin meluas yang dimainkan oleh GP dalam kesihatan awam juga telah diiktiraf dan peluang latihan berkualiti tinggi juga telah disediakan untuk mereka.



Program SingHealth Duke-NUS Family Medicine Program Klinikal Akademik (ACP) juga telah melanjutkan sesi-sesi pengajaran secara tetap untuk doktor keluarga termasuk para GP sejak tahun lalu.



Di antaranya ialah pengajaran perubatan keluarga poliklinik dan Simposium Perubatan Keluarga SingHealth.



Sesi-sesi sedemikian diadakan dua kali sebulan, dan lebih daripada 545 para GP telah bermanfaat daripada sesi-sesi itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >