Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SingPost lancar set setem sempena Tahun Tikus

Jan 03, 2020 | 07:18 PM



SINGPOST melancarkan set setem yang memaparkan tikus zodiak bagi memperingati Tahun Tikus sempena Tahun Baru Cina ini.



Penyedia khidmat pos itu juga akan menurunkan kadar bayaran untuk surat yang dihantar dari Sabtu, 4 Januari, hingga 25 Januari, iaitu hari pertama Tahun Baru Cina.



Koleksi setem baru itu menandakan siri kitaran zodiak SingPost yang baru kerana tikus merupakan haiwan pertama dalam kitaran zodiak Cina.



Orang ramai boleh membeli setem-setem tersebut, yang memaparkan dua lukisan tikus, bermula Rabu depan, lapor The Straits Times.



Ini boleh dilakukan di kesemua pejabat pos, Philatelic Store@GPO, dan secara dalam talian di shop.singpost.com.



Orang ramai juga boleh membeli setem itu daripada reruai SingPost di pesta River Hongbao 2020 yang akan diadakan dari 23 Januari hingga 1 Februari 2020.



Set setem tersebut boleh didapati dalam dua dominasi iaitu 30 sen dan $1.40. Pek mengandungi kededua setem akan dijual pada harga $4.15 setiap satu.



Setem tikus itu direka dalam gaya serupa dengan semua setem lain dalam siri zodiak yang akan dilancarkan pada tahun-tahun akan datang sehingga tamat kitaran zodiak selama 12 tahun iaitu pada 2031, kata SingPost.



Siri setem itu telah dilukis oleh Cik Lim An-Ling, yang telah mereka keseluruhan set setem Dwiabad Singapura 2019.



Cik Lim, yang merupakan animator dan pelukis, telah mula mereka setem bagi SingPost sejak 2013.



Dalam pada itu, barangan lain yang akan turut dijual termasuk setem diagonal yang diletak dalam bingkai, produk bertemakan tikus lain dan lembaran mini setem edisi terhad yang memaparkan adegan jamuan bersama atau reunion dinner sempena Tahun Baru Cina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >