Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singtel, Grab bentuk konsortium, mohon lesen bank digital

Grab memegang sehingga 60 peratus taruhan, sementara Singtel 40 peratus
Dec 31, 2019 | 05:30 AM



SYARIKAT Singtel dan Grab secara bersama sedang membuat taruhan bagi satu lesen bank digital sepenuhnya, lantas mendalami lagi kerjasama mereka kepada sektor kewangan, menurut kededua syarikat itu semalam.



Grab yang merupakan sebuah firma pengangkutan ikut permintaan, akan memegang sehingga 60 peratus taruhan dalam konsortium itu, sedang Singtel yang merupakan syarikat telekomunikasi terbesar negara ini memegang lagi 40 peratus.



Satu lesen bank digital sepenuhnya akan membenarkan Grab dan Singtel berkhidmat kepada pelanggan runcit, termasuk mengambil wang deposit.



Lesen itu juga akan membenarkan mereka meminjamkan wang kepada syarikat.



Dalam satu kenyataan, Grab dan Singtel berkata: "Bank digital ini bertujuan memenuhi keperluan pelanggan digital dahulu, yang menjangkakan lebih kemudahan dan keperibadian, selain syarikat kecil dan sederhana, yang menganggap bahawa akses kepada kredit sebagai masalah utama."



Mereka menambah bahawa konsortium itu bertujuan berada dalam kedudukan yang baik untuk menyediakan produk dan khidmat relevan, serta menjadi rakan yang dipercayai bagi pelanggan dan syarikat.



Kededua syarikat telah pun mempunyai khidmat dompet elektronik (e-wallet). Singtel mempunyai Dash sementara Grab yang lebih popular menerusi khidmat tempahan pengangkutan dan penghantaran, mempunyai GrabPay.



Singtel telah pun mula memulakan sekutu di peringkat serantau berkaitan e-wallet yang akan membenarkan pengguna membayar pembelian mereka semasa di lur negara menggunakan e-wallet setempat mereka.



Grab telah meneroka sektor insurans dan pinjaman menurut laporan media sebelum ini.



Pada Jun lalu, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan bahawa ia akan mengeluarkan dua lesen untuk bank digital sepenuhnya dan tiga lesen untuk bank borong.



Bank digital sepenuhnya boleh menerima deposit dan menyediakan khidmat bagi kededua pelanggan runcit dan bukan runcit, tapi perlu dipimpin sebuah syarikat berpangkalan di Singapura.



Bank borong akan menyediakan khidmat buat syarikat kecil dan sederhana. Ia tidak akan menerima lagi sebarang permohonan mulai hari ini.



Pertubuhan lain yang telah lahirkan minat untuk memohon lesen termasuk Standard Chartered Bank, NTUC Enterprise, the V3 Group dan Razer.



Singtel dan Grab akan tahu sekiranya permohonan mereka telah diluluskan menjelang pertengahan tahun depan.




"Bank digital ini bertujuan memenuhi keperluan pelanggan digital dahulu, yang menjangkakan lebih kemudahan dan keperibadian, selain syarikat kecil dan sederhana, yang menganggap bahawa akses kepada kredit sebagai masalah utama."
- Kenyataan bersama Singtel-Grab




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >