Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singtel tawar perlindungan bil percuma jika pengguna dihenti kerja

May 05, 2023 | 05:30 AM



PENGGUNA pelan telefon posbayar Singtel yang layak boleh mendapat perlindungan insurans percuma selama enam bulan untuk bil mereka sekiranya diberhentikan kerja atau berlaku kematian akibat kemalangan.



Syarikat telekomunikasi tempatan itu dan Etiqa Insurance Singapore melancarkan pelan insurans Singtel Bill Protect pada Khamis untuk melindungi rakyat Singapura daripada situasi ekonomi yang tidak baik.



Sekiranya mereka yang layak untuk pelan itu diberhentikan kerja, bil Singtel mereka untuk jalur lebar, atau broadband, boleh diketepikan sebanyak $600 maksimum sehingga enam bulan.



Pelancaran pelan insurans itu diumumkan Singtel di tengah-tengah pemberhentian kerja yang semakin meningkat di Singapura, menurut anggaran pasaran buruh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) terkini.



Bilangan pemberhentian kerja dijangka mencecah sekitar 4,000 pada suku pertama 2023, meningkat daripada 2,990 pada suku keempat 2022.



Pelan ini juga meliputi kematian akibat kemalangan - benefisiari pemegang polisi akan menerima bayaran sekali gus iaitu 12 kali ganda bil Singtel terakhir sebelum kematian pengguna, sehingga maksimum $1,200.



Pengguna pelan telefon posbayar Singtel yang merupakan warga Singapura atau penduduk tetap (PR) berumur 17 hingga 65 tahun layak untuk pelan ini.



Bermula Khamis, pengguna baru dan semasa boleh mendaftar untuk pelan insurans Singtel Bill Protect selagi mereka melanggan sekurang-kurangnya satu pelan telefon posbayar Singtel.



Singtel kini mempunyai lebih dua juta pelanggan pelan telefon posbayar.



Cik Anna Yip, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengguna Singapura, Singtel, berkata:



"Kami berhasrat untuk membantu mengurangkan tekanan ketidaktentuan kehidupan dengan memastikan pelanggan kami yang terjejas oleh keadaan buruk seperti pemberhentian kerja boleh terus berhubung tanpa perlu risau tentang bil mereka."



Singtel Bill Protect ialah sebahagian daripada siri tawaran jaminan Singtel Protect yang lebih luas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >