Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siri Climbathon kumpul $224,000 bagi Dana Amanah Pendidikan (ETF)

Oct 28, 2018 | 05:26 PM



SEJUMLAH $224,000 dikumpulkan bagi Dana Amanah Pendidikan (ETF) menerusi siri Climbathon tiga acara yang mencapai kemuncaknya di Gunung Fansipan di Sa Pa, Vietnam pada Sabtu (27 Oktober).



Rombongan 40 pendaki, kebanyakannya dari Singapura dan terdiri daripada pelajar, sukarelawan dan kakitangan Yayasan Mendaki, berjaya mendaki ke puncak gunung setinggi 3,143 meter itu - puncak tertinggi di Indochina - selepas pendakian 14 jam dalam keadaan sejuk dan hujan.



Sebahagian wang yang dikumpulkan itu didermakan pihak awam untuk menyokong pendakian itu.



Acara itu adalah yang ketiga dan terakhir dalam siri Climbathon anjuran Mendaki yang bertujuan mengumpul dana dan menambah kesedaran awam tentang ETF.



Bercakap kepada wartawan setibanya di Lapangan Terbang Changi pada Ahad (28 Oktober), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki Cik Rahayu Buang, yang turut mendaki ke puncak Gunung Fansipan, Ā berkata pengalaman mendaki gunung itu penting kerana ia memberitahu pelajar bahawa mereka boleh mencapai sesuatu yang sukar dengan tekad dan usaha gigih.



ā€œMereka berjaya melakukan sesuatu yang pada mulanya dianggap susah untuk dilaksanai. Ā Berbekal pengalaman ini, saya berharap mereka mempunyai sikap dan semangat yang kuat untuk menempuhi segala cabaran yang mungkin mereka hadapi di masa depan,ā€ ujar Cik Rahayu.



Rombongan pendaki yang diketuai oleh Cik Nur Yusrina Yaā€™akob - wanita Melayu pertama yang menawan puncak Everest - Ā memulakan pendakian sekitar 12 tengah hari pada 26 Oktober, sebelum berhenti untuk berehat pada 9 malam (10 malam waktu Singapura).



Mereka menyambung semula pendakian sekitar 5 pagi pada Sabtu (27 Oktober)Ā  dan tiba ke puncak selepas mendaki lagi lima jam.Ā 



Acara Climbathon pertama dan kedua - acara berjalan kaki jarak jauh - Ā diadakan di Singapura awal tahun in dan menarik lebih 200 peserta.



Diperkenal pada 2002, ETF telah mengagih lebih $22 juta kepada 91,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >