Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem CPF akan dikaji semula, beri jaminan warga hadapi persaraan

Mar 02, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan menyemak semula huraian dalam dan luar sistem Tabung Simpanan Pekerja (CPF) seperti insentif berdasarkan kerja dan skim Sokongan Warga Emas, demi memberi keyakinan lebih tinggi kepada golongan berusia 50-an dan 60-an yang mereka dapat memenuhi keperluan persaraan asas.



Ini adalah antara bidang yang diberi perhatian dalam usaha Melakar Hala Tuju Singapura, menurut Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, semasa bercakap di Bahas Belanjawan semalam.



Dr Tan juga berkata bahawa jumlah pencarum CPF yang akan mencapai Jumlah Persaraan Asas pada usia 55 tahun, akan meningkat kepada sekitar 8 dalam 10 orang pada 2027, berbanding hampir 7 dalam 10 sekarang.



Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan oleh beberapa Anggota Parlimen (AP) berkaitan dengan kecukupan persaraan.



Menjelaskan lebih lanjut, Dr Tan berkata bahawa sebagai sebahagian daripada usaha Melakar Hala Tuju Singapura, pihaknya akan meneliti lebih mendalam tentang apa yang harus dilakukan untuk mempertingkatkan kecukupan persaraan warga Singapura.



"Ini terutamanya relevan, dengan ketidaktentuan ekonomi lebih tinggi di tengah-tengah cabaran global sekurang-kurangnya, bagi jangka masa sederhana.



"Bagi golongan yang berumur dalam lingkungan usia 50-an dan 60-an tahun hari ini, mereka mempunyai masa terhad untuk bekerja dan menabung.



"Lantaran itu, kami akan menyemak semula lingkungan huraian kita dalam dan luar sistem CPF seperti insentif berdasarkan pekerjaan dan skim Sokongan Warga Emas untuk memberikan mereka keyakinan lebih tinggi yang mereka boleh memenuhi keperluan persaraan asas," terang beliau.



"Kami juga akan melakukan lebih banyak untuk golongan pekerja lebih muda dan pertengahan usia di samping warga emas Generasi Merdeka dan Perintis yang ramai merupakan pesara."



Pada akhirnya, kata Dr Tan, kementerian itu mahu memperkukuhkan sokongannya supaya golongan-golongan itu selagi mereka bekerja dan menyumbang secara konsisten kepada CPF, mereka akan dapat memenuhi keperluan persaraan asas.



Lebih banyak perincian mengenai usaha-usaha untuk memperkukuhkan sistem CPF akan diumumkan tidak lama lagi, tambah beliau.



Sementara itu, Dr Tan mengatakan sekitaran kadar feadah CPF sedang terus dipantau dengan rapat untuk memastikan kadar faedah CPF kekal relevan dalam sekitaran operasi sekarang.



Beliau berkata demikian bagi menjawab cadangan Encik Louis Chua (GRC Nee Soon) agar kadar faedah bagi Akaun Biasa CPF, disemak semula.



"Kami sedar yang kadar dikaitkan dengan Akaun Biasa (OA), terus stabil di tengah-tengah sekitaran kadar faedah yang meningkat buat masa ini, manakala pulangan instrumen pasaran lain yang mempunyai risiko dan tempoh serupa telah meningkat.



"Kami sedang memantau sekitaran kadar faedah dengan rapat bagi memastikan kadar faedah CPF yang dikaitkan kekal relevan dalam sekitaran operasi sekarang sementara mengambil kira ramalan jangka panjang," jelas beliau.



KEMENTERIAN TENAGA MANUSIA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >