Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SESI DIALOG PM LEE BERSAMA WALL STREET JOURNAL

Sistem dagang global perlu aturan baru: PM Lee

Elak terjebak dalam keadaan di mana negara besar hanya pentingkan diri sendiri
Apr 11, 2022 | 05:30 AM



SISTEM perdagangan global akan memerlukan peraturan baru, sedang banyak negara kini memandang ke dalam untuk memperkukuh daya tahan rantaian bekalan masing-masing, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO) menubuhkan dan menimbang tara peraturan perdagangan yang adil, tetapi peraturan baru kini mungkin diperlukan untuk mengatasi cabaran baru.



Ini agar sistem perdagangan global tidak terjebak ke dalam prinsip 'law of the jungle' - yang memihak kepada negara berkuasa yang hanya mementingkan kepentingan mereka sendiri - kata Encik Lee.



"Kalau ia tidak menjadi law of the jungle - mati-mati saya mesti mempunyai kesemuanya dalam negara saya, dan saya bersedia membayar wang yang banyak untuk membawa kegiatan ke sini - kita memerlukan peraturan baru mengenai apa yang munasabah dan boleh diterima, apakah hadnya dan cara bersetuju mengenainya," ujar Encik Lee.



Encik Lee berkata demikian dalam sesi dialog bersama Lembaga Editor akhbar Wall Street Journal semasa lawatannya ke Amerika Syarikat baru-baru ini.



Beliau telah ditanya mengenai bagaimana perubahan hubungan ekonomi antara Amerika dan China mungkin menjejas negara lain di rantau Asia.



Encik Lee berkata sukar untuk diketahui sejauh mana perpecahan yang sedang berlaku akan berterusan atau jika ia boleh dihentikan, tetapi beliau berharap untuk melihat dunia yang masih bersalinghubungan.



"Jika kita mengekalkan satu sistem antarabangsa, kita masih boleh menyara hidup. Kita akan cuba meningkatkan indikator kepercayaan dan membangun rangkaian kita.



"Oleh itu, rantai bekalan kita boleh berhubung dan beroperasi, dan kita akan menjadi sebahagian daripada rangkaian yang dipercayai, sebahagian daripada daya tahan strategik dunia," ujarnya.



Jika dunia menjadi lebih berpecah belah, dan semua negara hanya mahu meningkatkan daya tahan masing-masing, dunia akan menjadi berbeza sekali, kata Encik Lee.



Ditanya jika lebih banyak syarikat barat yang berpindah ke Singapura, sedang situasi di Hong Kong berdepan dengan perubahan, Encik Lee berkata:



"Singapura gembira menyambut mereka tetapi sebenarnya kami lebih gembira jika mereka kekal di Hong Kong.



"Ia persaingan untuk Singapura, tetapi ia akan menjadikan rantau ini lebih rancak dan dinamik, dan Singapura sebagai sebahagian daripada rantau itu akan meraih manfaat."



Mengenai perjanjian Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP), Encik Lee berkata Amerika mungkin menghadapi cabaran domestik untuk menyertai perjanjian itu, tetapi negara itu harus terus berusaha ke arah meningkatkan akses pasaran dan meluaskan hubungan ekonomi dengan rantau ini.



Encik Lee juga telah ditanya mengenai implikasi krisis di Ukraine terhadap peluasan senjata nuklear sedang krisis itu mungkin menunjukkan bahawa negara yang tidak mempunyainya akan terdedah kepada penaklukan.



Menjawab soalan itu, Encik Lee berkata orang ramai tidak semestinya bertindak secara rasional, dan oleh itu, tindakan meluaskan pemilikan senjata bukan idea yang baik, tetapi akan menjadi sukar untuk mencegahnya.



"Anda hanya berharap dapat memperlahankannya," kata Encik Lee.



Menjawab soalan tentang pengaruh asing di Singapura, Encik Lee berkata Singapura amat terdedah kepada dunia, dengan adanya Internet, dan ramai warga Singapura yang boleh membaca dan bertutur dalam bahasa Inggeris.



Kepelbagaian kaum di Singapura juga menjadikan negara ini mudah terjejas.



"Tetapi terdapat tempat lain di rantau ini yang mempunyai ramai orang bangsa Cina, Melayu dan India, dan kami tidak boleh katakan hubungan ini tidak berguna kepada Singapura, atau hubungan ini tidak penting kepada Singapura.



"Oleh itu, kami amat prihatin terhadap operasi pengaruh yang telah dilakukan ke atas AS, di negara lain yang mengalami masalah yang sama, kadang-kadang licik, kadang-kadang secara terang-terangan, seringkali secara meluas, dan kami bertanya apa sebab kami percaya bahawa ia tidak akan berlaku kepada kami.



"Lihat sahaja di seluruh dunia. Terdapat beberapa sebab yang mungkin mendorong satu pihak untuk mempengaruhi sikap dan pendapat politik kami - sama ada untuk mendorong kami ke arah tertentu atau menyebabkan perbezaan pandangan dalam kalangan penduduk kami." kata beliau.



Dalam wawancara itu, Encik Lee turut ditanya tentang kredibiliti Amerika, strategi China di rantau Pasifik, serta cara China mengatasi pandemik Covid-19.




APA KATA PM LEE TENTANG



HUBUNGAN SINGAPURA DAN AMERIKA SYARIKAT



“Singapura dan AS bekerjasama rapat, kami fikir baik anda menyertai rantau ini, tetapi ia tidak bermakna kami menyertai perang anda, atau kami mengharapkan anda datang menyelamatkan kami jika sesuatu berlaku. Terdapat fleksibiliti, dan saya fikir baik kami mengekalkannya seperti itu, kerana negara-negara di rantau ini, kami tidak sehaluan.”



ISU UKRAINE DAN HUBUNGAN AMERIKA-CHINA



“Anda perlu berhati-hati untuk tidak mendefinisikan masalah dengan Ukraine yang secara automatik meletakkan China dalam pihak yang salah, contohnya, dengan menjadikannya satu pertempuran antara demokrasi dan autokrasi. Kita semua mempunyai masalah di Ukraine. Saya fikir jika kita bincangkan mengenai kedaulatan, kebebasan dan keutuhan wilayah, banyak negara akan menyokong. Bahkan China juga tidak akan menentangnya, dan mungkin secara privet menyokongnya dengan kuat.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >