Sistem pemerintah satu parti mungkin jalan bagi Singapura berjaya: Ong Ye Kung

SISTEM satu parti boleh memberi Singapura peluang terbaik mencapai kejayaan kerana ia sebuah negara kecil yang perlu kekal lincah, kata Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran) Ong Ye Kung di persidangan tahuanan Perspektif Singapura, di Institut Pengajian Dasar.

Bagaimanapun Pengerusi Eksekutif Banyan Tree, Encik Ho Kwon Ping, yang bercakap mengenai topik yang sama, memberi amaran bahawa sistem satu parti menghadapi bahaya elit politiknya lambat berubah, menyebabkan budaya hak dan rasuah.

Beliau berkata senario paling wajar bagi Singapura ia satu sistem persaingan dalaman yang mantap dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Encik Ong juga menegaskan bahawa PAP mesti terus berfikiran terbuka dan menerima realiti, dan mempunyai integriti tidak tercela.

Encik Ong dan Encik Ho adalah anggota panel yang berbincang sama ada pemerintahan parti politik tunggal perkara terbaik bagi Singapura.

Panel itu juga berbincang tentang kemungkinan Singapura mempunyai sistem dua atau pelbagai pihak.

Semasa berucap, Encik Ong berkata pemerintahan satu parti adalah cara terbaik bagi sebuah negara kecil seperti Singapura untuk berjaya.

Beliau berkata parti itu tidak semestinya PAP, tetapi mana-mana pihak yang paling berkebolehan.

Bagi membentuk sistem pelbagai parti, kata Encik Ong, pertama sekali mesti ada sekurang-kurangnya dua laluan berbeza yang boleh diambil Singapura, dan pandangan politik yang berbeza bagi pihak yang berbeza mempertahankannya.

Tetapi Singapura tidak cukup besar untuk mempunyai bandar-bandar berasingan dari segi geografi yang berpegang pada pandangan berbeza mengenai isu-isu nasional, katanya.

Satu lagi sebab, ujarnya, Singapura perlu lincah dan bergerak pantas dalam persekitaran global yang berubah-ubah. Beliau mempersoalkan sama ada ia boleh berbuat demikian dengan sistem pelbagai parti.

"Formula untuk berjaya adalah berdasarkan pada proses politik yang berbeza dan bagi kita ia merupakan sistem satu parti," kata Encik Ong, yang baru-baru ini menjadi Setiausaha Penganjur PAP dan disebut-sebut sebagai kemungkinan calon perdana menteri akan datang.

Menurutnya lagi, rasa puas diri, elitisme dan rasuah tidak dapat dielakkan dalam pemerintahan satu parti, dan ciri ini timbul di semua sistem politik.

Bagaimanapun, Encik Ho berkata sejarah menunjukkan bahawa parti politik pemerintah yang tidak menghadapi persaingan cenderung menjadi leka.

Beliau memetik kemerosotan Kongres Kebangsaan India di India dan Kuomintang di Taiwan.

Katanya, nilai-nilai politik parti pengasas ini boleh diturunkan ke tiga atau empat generasi pemimpin. Disiplin diri kemudian hanyut dan terhakis.

Bagaimanapun, Encik Ho berkata PAP mempunyai peluang kekal berkuasa kerana berupaya memperbaiki diri, bercakap tentang masalah dan mencari huraiannya.

Beliau mencadangkan supaya PAP memperkenalkan secara rasmi dasar bersaing dalaman.

Encik Ong berkata PAP perlu untuk menjadi sebuah parti majmuk yang boleh dan mesti mengambil orang dengan pandangan berbeza.

"Ini akan membawa kepada persaingan dalaman yang menjadi satu perkara yang baik.

"Hari ini ia wujud, terdapat pelbagai pandangan. Orang ramai tidak melihatnya tetapi mungkin kita patut menjadikan ini perkara rasmi nanti," katanya.

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:49
Zuhur
12:51
Asar
4:14
Maghrib
6:52
Isyak
8:05
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.