Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG PUNCAK MASA DEPAN ASIA ST 2022

Sistem perhubungan jujur penting lindungi ekosistem kepercayaan: Josephine Teo

Nov 02, 2022 | 05:30 AM



DALAM era trend digital, yang jika dibiarkan begitu sahaja boleh merosakkan ekosistem kepercayaan, sistem perhubungan yang jujur adalah penting untuk melindungi ekosistem kepercayaan itu.



Namun, perkara itu lebih mudah diperkatakan daripada dilakukan, ujar Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.



Bercakap pada Sidang Puncak Masa Depan Asia The Straits Times 2022 di Pusat Konvensyen Raffles City semalam, beliau berkata sebagai faktor asas, kejujuran perlu ada dalam berkomunikasi bersama orang ramai.



Ini termasuk maklumat dikeluarkan dan dikemas kini dengan cepat, sebelum berita palsu mempunyai masa untuk berakar dan menyebarluas naratif mengelirukan.



"Kita perlu mendekati orang ramai di tempat mereka berada, di platform yang mereka paling selesa menggunakannya, dan bukan di tempat yang biasa kita gunakan untuk berkomunikasi.



"Kita juga perlu memenuhi strategi komunikasi kita kepada kumpulan orang yang berlainan, yang mempunyai tahap kecelikan digital yang berbeza dan lebih suka menggunakan maklumat dalam pelbagai format dan bahasa," jelasnya.



Memberi contoh, Cik Teo menukil satu percubaan pemerintah Singapura sepanjang tempoh pandemik Covid-19 untuk mengeluarkan perkembangan terbaru mengenai pandemik itu di laman web rasmi pemerintah dan juga media sosial seperti WhatsApp Gov.sg.



Pada masa sama, pemerintah juga menyiarkan maklumat melalui saluran tradisional seperti media cetak, radio, televisyen dan panel paparan di estet perumahan awam.



Cik Teo berkata langkah lain untuk membangunkan infrastruktur kepercayaan adalah melalui undang-undang dan peraturan.



Perubahan yang dicadangkan kepada Akta Penyiaran memerlukan platform media sosial utama untuk melaksanakan langkah-langkah untuk membataskan pendedahan pengguna tempatan kepada kandungan bahaya, seperti pengedaran pornografi kanak-kanak atau kandungan yang menyokong tindakan bunuh diri.



Cadangan itu dijadual dibahaskan di Parlimen bulan ini.



Selain itu, jenayah siber dan pelanggaran benteng data juga telah menghakis kepercayaan terhadap teknologi.



"Isu-isu yang saya nyatakan ini menjejas kepercayaan dan keyakinan dalam perkhidmatan digital yang semakin kita lihat sebagai perkara amat diperlukan dalam kehidupan kami," kata Cik Teo.



Oleh itu, beliau menggesa pemilik sistem dan data untuk menjadikan keselamatan sebagai keutamaan penting semasa tahap reka bentuk lagi, supaya pengguna dapat dilindungi dari awal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >