Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem SafeEntry baru diguna di 2,700 tempat di SG

Aplikasi TraceTogether satu-satunya wadah daftar pelawat di 200,000 lokasi yang guna sistem SafeEntry
Apr 21, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 2,700 lokasi yang mempunyai jumlah pengunjung tinggi, termasuk pusat beli-belah, pasar raya dan hospital, telah dilengkapkan dengan sistem SafeEntry baru.



Dengan pelaksanaan Kotak Pintu Masuk SafeEntry (SafeEntry Gateway Box) ini, pengunjung boleh menggunakan aplikasi atau token TraceTogether dan menyentuh alat itu pada kotak pintu masuk, yang saiznya lebih besar sedikit daripada telefon bimbit, untuk mendaftar masuk.



Ini bermakna aplikasi TraceTogether akan menjadi satu-satunya wadah mendaftar pengunjung di 200,000 lokasi di seluruh Singapura yang menggunakan sistem SafeEntry.



Pada 16 Mac, Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) mengumumkan pemerintah telah mengenal pasti tempat yang mempunyai jumlah pengunjung tinggi yang perlu melaksana sistem Pintu Masuk SafeEntry mulai 19 April.



Ini termasuk pasar basah popular, kedai runcit, muzium dan galeri terpilih, tempat ibadah, dan ruang pengebumian, serta tempat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice) yang menampung lebih 100 orang.



Kaedah daftar masuk SafeEntry sedia ada menggunakan kod QR atau kad pengenalan pelawat masih disediakan di tempat-tempat ini.



Buat masa ini, tempat awam tidak diperlukan melaksana kaedah SafeEntry menggunakan aplikasi TraceTogether, kecuali bagi acara atau perniagaan yang menjadi sebahagian daripada ujian yang sedang dijalankan, seperti persembahan langsung, pawagam dan pusat hiburan malam terpilih.



Memberi respons kepada pertanyaan media, SNDGA berkata sebahagian besar tempat terpilih itu sudah pun menggunakan Kotak Pintu Masuk SafeEntry.



Selain membolehkan usaha pendaftaran masuk lebih cepat, sistem baru itu dapat mengesan apakah token TraceTogether berfungsi dengan baik.



Pengguna boleh menggantikan token mereka secara percuma di sebarang kelab masyarakat jika baterinya habis atau alat itu rosak, di stesen pengganti token yang ditubuhkan di beberapa tempat yang menggunakan Pintu Masuk SafeEntry.



Token hilang akan digantikan tanpa bayaran untuk kali pertama, namun bagi kali kedua dan seterusnya, bayaran dikenakan, kata SNDGO.



Dengan lebih 90 peratus penduduk Singapura menggunakan aplikasi TraceTogether, SNDGO menggalak lebih banyak perniagaan menyediakan Kotak Pintu Masuk SafeEntry bagi kemudahan pelanggan mereka.



Pengendali tempat yang dikenal pasti pemerintah harus menggunakan Kotak Pintu Masuk SafeEntry boleh mendapatkan hingga empat kotak secara percuma.



Jika memerlukan lebih banyak, mereka boleh memohon kepada Agensi Teknologi Pemerintah, yang membangunkan sistem pintu masuk itu.



Selain itu, pengendali boleh memuat turun Aplikasi SafeEntry (Perniagaan) percuma daripada Apple App Store atau Google Play store.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >