Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siswa sibuk hadapi tugasan di NUS bak dipukul ‘tsunami’

Lumrah kehidupan kampus sibuk pada hujung semester
Oct 30, 2023 | 09:39 AM



Syed Muhammad Firdaus

Baru-baru ini saya melalui antara minggu paling sibuk sepanjang pengajian saya di Universiti Nasional Singapura (NUS) – bak satu ombak besar memukul saya secara mendadak dan membanjiri saya dengan pelbagai tugasan universiti.

Walhal saya hanya mengambil tiga modul semester ini. Sebagai pelajar tahun keempat, saya hanya perlu ambil enam modul tahun ini bagi memenuhi kuota modul untuk menamatkan pengajian.

Namun, itulah lumrah kehidupan kampus, lebih-lebih lagi pada hujung semester.

Dalam pada saya ingin melepaskan tekanan, saya ingin berkongsi bersama pembaca Berita Harian seperti anda bagaimana kehidupan kampus saya pada minggu sibuk itu.


Sebagai sebahagian daripada kegiatan kelas ‘Colonial, Anticolonial & Postcolonial Globalisation (Penjajahan, Antipenjajahan dan Kesejagatan Pascapenjajahan), kami bersama profesor kami berkunjung ke muzium NUS pada hari itu.

Percaya atau tidak, itu kali pertama saya menjejakkan kaki di muzium tersebut walaupun sudah hampir empat tahun saya menuntut di NUS.

Kami ditemani seorang kakitangan muzium berdekatan UTown itu yang berkongsi tentang artifak yang dipamerkan di situ.

Selepas lawatan berpandu itu selesai, kami ditugaskan oleh profesor kami untuk berinteraksi dengan pameran di situ berlandaskan membuat hubungan antara masa lampau penjajahan Singapura dalam suasana pascapenjajahan.

Selepas sesi di muzium, saya pergi ke The Projector untuk menghadiri acara yang dianjurkan Jom. Acara itu adalah salah satu kegiatan ad hoc bagi menerokai minat saya dalam bidang kewartawanan.


Panelis acara itu terdiri daripada tiga wartawan The Economist, Bloomberg dan The Washington Post.


Mereka berkongsi pengalaman mereka sebagai wartawan dan persimpangan antara media Barat dengan identiti mereka sebagai orang Asia.

Dengan hal ehwal dunia kebelakangan ini, saya sedar akan tanggungjawab berat wartawan mengatur berita yang bukan sahaja harus menyeluruh, malah berasaskan fakta.  

Kelas saya hanya pada Isnin dan Jumaat setiap minggu. Waktu ‘kosong’ antara dua hari itu diperuntukkan untuk menyelesaikan tugasan yang harus disiapkan hujung minggu itu.

Ini termasuk membaca rencana ilmiah dan mempersiapkan diri sebelum menghadiri sesuatu kelas.

Profesor yang mengendalikan kelas Jumaat itu akan menggunakan strategi peta minda untuk menulis idea-idea kami pada papan putih.

Modulnya berjudul ‘Politics of Global Migration’ (Politik Penghijrahan Sejagat).

Papan putih selalunya ditutup semasa kami sekelas berbincang berdasarkan tema pada hari itu.

Pada minggu-minggu lain, perbincangan bertemakan pelarian dan penghijrahan keluarga.

Tema kali ini ialah diaspora.  

Itulah sedikit sebanyak apa yang berlaku dalam pengajian saya pada minggu lepas.

Bagi pelajar yang menghampiri penghujung semester, dalam perjuangan anda untuk menimba ilmu, usah lupa beristirahat dari semasa ke semasa.

Penulis mahasiswa Tahun 4 di Fakulti Kesusasteraan dan Sains Kemasyarakatan, Universiti Nasional Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >