Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SkillsFuture SG bayar terlebih $4.22j, belum kutip levi $43j

Jul 21, 2022 | 05:30 AM



AGENSI pemerintah bertanggungjawab bagi pembelajaran sepanjang hayat di sini bayar terlebih kira-kira $4.22 juta disebabkan kesilapan dalam pengurusan gerannya, kata Pejabat Ketua Audit Negara (AGO).



Dalam audit tahunan akaun pemerintahnya, AGO juga menyatakan bahawa SkillsFuture Singapore (SSG) lemah dalam menguatkuasakan kutipan dana Levi Pembangunan Kemahiran (SDL) dari 2015 hingga 2020, mengakibatkan anggaran $43 juta terhutang pada agensi itu pada April tahun ini.



AGO memperincikan penemuan itu dan penemuan lain dalam satu laporan yang dikeluarkan semalam mengenai akaun pemerintah bagi tahun kewangan 2021/2022.



Ia mengeluarkan pendapat audit tanpa teguran ke atas penyata kewangan pemerintah, serta tiga badan berkanun, empat syarikat milik pemerintah dan dua akaun lain.



Ini bermakna AGO berpuas hati mengenai penyata kewangan yang diaudit, dan penyata itu memenuhi syarat dan disediakan mengikut piawaian perakaunan.



Dalam kes SSG, AGO menunjukkan beberapa sebab bagi kesilapan dalam pengurusan geran, termasuk pemantauan tidak mencukupi untuk memastikan geran diberi kepada mereka yang layak dan pemeriksaan tidak menyeluruh oleh penyedia perkhidmatan ke atas tuntutan yang difailkan oleh penyedia latihan.



Geran juga diagih kepada individu dan syarikat yang tidak diluluskan pembiayaan atas sebab penipuan yang disyaki.



AGO juga berkata ia "memerhatikan kelonggaran" dalam penguatkuasaan oleh SkillsFuture dalam mengutip levi pembangunan kemahiran - satu levi wajib yang semua majikan perlu bayar bagi semua pekerja di sini untuk menyokong program peningkatan tenaga kerja.



"AGO berpandangan SSG lembap dalam tindakan penguatkuasaannya dan tidak melakukan usaha mencukupi untuk menjalankan audit terhadap majikan yang berpotensi berhutang sejumlah besar SDL," tambahnya.



AGO juga berkata ia telah mengaudit kontrak bertempoh dan perjanjian rangka kerja bagi perkhidmatan kreatif untuk kempen komunikasi keseluruhan pemerintah yang ditadbir oleh Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), selepas ia menerima aduan.



Di bawah perjanjian itu, agensi sektor awam boleh mendapatkan perkhidmatan kreatif daripada panel vendor, dan pada harga yang dinilai oleh MCI.



Pejabat itu berkata apabila MCI menjemput tender untuk melantik vendor, ia tidak menyatakan dengan jelas unit ukuran bagi item tertentu yang pengemuka tender sepatutnya beri sebut harga.



Ini menyebabkan vendor berbeza menggunakan unit ukuran berbeza apabila agensi awam mendapatkan khidmat mereka.



Semasa penilaian tender, "MCI tidak memastikan apakah pengemuka tender memberi sebut harga atas dasar sama dengan sama bagi item yang sebut harga yang dikemukakan oleh pengemuka tender berbeza dengan ketara", kata AGO.



Ia menambah bahawa kementerian itu tidak memantau tebaran kontrak yang diberi kepada 39 vendor dalam panel tersebut, dengan vendor paling atas dianugerah 38 peratus daripada jumlah nilai dan dua vendor tertinggi seterusnya masing-masing mendapat 7 peratus dan 6 peratus.



AGO menekankan pentingnya mempunyai tebaran kontrak baik untuk menggalak vendor membida tender masa depan, dan seterusnya memastikan agensi awam dapat terus menikmati harga kompetitif pada jangka panjang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >