Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PERTAHANAN

Skim bagi karyawan sumbang kepakaran dalam SAF

Feb 28, 2023 | 05:30 AM



SEBELUM Encik Muhammad Arief Aditya melanjutkan pelajarannya dan kemudian bekerja sebagai kaunselor pemulihan dadah dalam Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), beliau merupakan seorang Korporal semasa menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Encik Arief pada ketika itu memikul tanggungjawab dalam sistem bekalan, Pusat Sokongan dan Khidmat Kombat (CSSCOM), Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Sejak tamat NS, beliau belum lagi dipanggil untuk latihan kerahan.



Namun, penolong pengurus sebuah Pejabat Perkhidmatan Sosial (SSO) kendalian Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) berusia 34 tahun itu kini memikul pangkat pakar tentera (ME) ME4A apabila kembali menjalani latihan kerahan kelak.



Berdasarkan kepakaran dan kemahirannya dalam kerja-kerja sosial, beliau akan ditugaskan untuk menawarkan khidmat kaunseling bagi anggota SAF yang menghadapi cabaran tertentu seperti kemurungan, antara lain.



ME4A Arief berupaya menukar tanggungjawab NS-nya itu kerana beliau menyertai Skim Kerah Kepakaran Dipertingkat (EDSS) yang diperluas sejak 2022.



Skim itu diperkenal buat pertama kali pada 2014 sebagai Skim Pertukaran Kepakaran pada ketika itu.



Ia bertujuan membolehkan anggota kerahan menyumbang kemahiran mereka yang diraih dari kerjaya masing-masing kepada SAF, apabila dipanggil kembali untuk menjalani latihan kerahan.



Dalam perbahasan Belanjawan 2023 pada 27 Februari, Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How, menyatakan hasil skim itu amat menggalakkan.



SAF telah mengerahkan semula 200 anggota kerahan di bawah skim itu pada 2022 - satu peningkatan sebanyak 300 peratus berbanding bilangan purata 50 anggota antara 2014 dengan 2021, katanya.



Pada masa yang sama beberapa bidang baru juga dibuka di bawah EDSS, termasuk kemahiran dalam bidang digital dan perisikan, logistik dan kejuruteraan.



ME4A Arief yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam sosiologi serta sarjana dalam pembangunan sosial dan kepimpinan masyarakat, berkata beliau menerima panggilan bagi skim itu menerusi e-mel hujung 2021.



Menurutnya, beliau didekati kerana latar belakangnya sebagai kaunselor pemulihan dadah semasa di SPS dari 2014 hingga 2019.



"Selepas membuat persetujuan untuk menyertai skim itu, ada beberapa sesi wawancara dijalankan berkenaan skop tugas saya," katanya yang akan menyandang jawatan sebagai kaunselor di unit sokongan anggota SAF.



Kemudian, pada Oktober dan November 2022, beliau menyertai Program Kepimpinan Bersama yang melatih peserta skim itu tentang bagaimana kemahiran mereka yang diraih dari tempat bekerja dapat disesuaikan dalam konteks SAF.



Buat masa ini, ME4A Arief belum lagi dapat memberitahu bagaimana kemahirannya dapat dimanfaatkan semasa menyertai Latihan Dalam Kem (ICT) kerana belum lagi menjalaninya.



"Namun ini satu peluang yang amat menggalakkan," katanya.



"Sebab tugas kami kepada negara dan juga sebagai seorang karyawan di luar SAF adalah selaras," kata bapa dua anak itu.



Antara keperluan skim EDSS adalah, oleh kerana peserta skim itu akan memikul pangkat Skim Pakar Bidang Tentera (MDES), had usia para peserta untuk layak dipanggil kembali melaksanakan tugas NS akan dinaikkan kepada 50 tahun, sama seperti mereka yang memikul tanggungjawab sebagai pegawai. Mereka akan diperlukan berkhidmat dalam tanggungjawab dan pangkat baru itu sekurang-kurangnya tiga tahun.



Namun bagi ME4A Arief, beliau tidak menganggapnya sebagai beban.



"Apa yang sangat menggalakkan adalah hampir semua teman kohort saya sewaktu JLP berkongsi bahawa mereka menyertai skim ini secara sukarela, dengan niat menyumbang kemahiran yang mereka raih dari luar, bagi keperluan negara.



"Dan itu bagi saya, adalah satu kaedah yang bijak dalam memanfaatkan kemahiran anggota kerahan terhadap pembangunan SAF buat masa depan," katanya.



Seorang lagi peserta EDSS ialah ME4(NS) Benjamin Rezel, 42 tahun yang bertugas dalam bidang perkapalan sebagai pengurus projek dan telah berlayar sebagai anak kapal sepanjang 18 tahun hingga mencapai pangkat Ketua Jurutera.



Beliau semasa di NS merupakan seorang Komander Kenderaan dalam sebuah Rejimen Infantri Berperisai SAF. Kini beliau seorang Jurutera Sistem dan Peperangan Laut dalam Angkatan Laut Republik Singapura (RSN).



Ketika ditemui beliau berkata:



"Penukaran peranan ini sesuatu yang mendorong kami untuk terus menyumbang kemahiran kami kepada SAF. Bagi saya, kapal komersial atau kapal Angkatan Laut, semuanya sama, cuma adanya beberapa ciri lain yang digunakan bagi tujuan-tujuan tertentu - kapal tetap kapal.



"Bukan sahaja itu, saya juga lihat beberapa proses yang diamalkan di RSN yang saya rasa, berdasarkan kemahiran dan pengalaman saya sewaktu berlayar sebelum ini, boleh diubah agar dapat memudahkan tugas anak kapal muda pada masa depan nanti," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >