Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LANGKAH SOKONGAN BAGI FASA DUA (KEWASPADAAN DIPERTINGKAT) - BAGI PEKERJA DAN PERNIAGAAN

Skim Bantuan Pekerjaan diluas ke lebih banyak sektor

Pemerintah tingkat sokongan subsidi gaji hingga 50 peratus bawah JSS, diluas ke sektor sukan dan seni persembahan
May 29, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak sektor yang terjejas oleh sekatan Covid-19 sekarang akan menerima subsidi gaji di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS).



Pemerintah kini mempertingkat sokongan subsidi gaji sehingga 50 peratus di bawah JSS dan diluaskan kepada sektor sukan dan seni persembahan, umum Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Ini termasuk gimnasium, studio kesihatan, persatuan seni persembahan dan pusat pendidikan kesenian.



Langkah itu diambil selepas pemerintah mengumumkan bantuan JSS sebanyak 50 peratus untuk sektor makanan dan minuman (F&B) sehingga akhir Jun, semasa ia mendedahkan langkah sekatan di bawah Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) pada 14 Mei lalu.



Bagi sektor yang tidak perlu menghentikan operasi tetapi tetap terjejas dengan signifikan, sokongan JSS akan diberikan dan dipertingkat kepada 30 peratus.



Ini adalah sektor runcit; pengendali pawagam; khidmat jagaan peribadi; muzium, tapak bersejarah dan galeri seni serta pusat hiburan keluarga.



Namun, peruncit seperti pasar raya, kedai mudah beli (convenience store) dan peruncit dalam talian tidak layak menerima subsidi tersebut, menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).



Di bawah fasa sekarang, khidmat seperti makan di kedai makan, rawatan wajah dan sauna dilarang, manakala had kapasiti lebih ketat dikenakan terhadap ruang runcit seperti pusat beli-belah dan bilik pameran.



Kemudahan sukan tertutup seperti gimnasium dikenakan sekatan operasi lebih ketat dan harus ditutup melainkan mereka menawarkan kegiatan bertenaga rendah dengan peserta yang berpelitup dan tidak berkongsi peralatan sama.



Skim JSS menyediakan subsidi kepada syarikat untuk gaji bulanan kasar bernilai $4,600 yang dibayar kepada pekerja setempat.



Encik Wong menjelaskan bahawa langkah itu diambil untuk menjamin pekerjaan dan menolong sektor terjejas mengekalkan pekerja setempat mereka.



"Saya menggalak perniagaan supaya memanfaatkan sepenuhnya JSS dipertingkat bagi mengekalkan dan membayar pekerja mereka dalam tempoh ini dan menggunakan tempoh yang kurang cergas ini untuk melabur dalam pekerja menerusi latihan dan program peningkatan kemahiran," ujar beliau.



Perniagaan lain yang terjejas teruk oleh sekatan diperketat sekarang dan mahu membuat rayuan bagi sokongan JSS dipertingkat itu boleh berbuat demikian di go.gov.sg/jss.



MOF berkata syarikat yang mengenakan pekerja di bawah cuti tanpa gaji secara mandatori atau memberhentikan mereka, tidak akan layak menerima bayaran JSS bagi golongan pekerja tersebut.



Bayaran itu, berdasarkan gaji yang dibayar di antara April dengan Jun tahun ini, akan diagihkan pada September.



Menurut Encik Wong, pandemik Covid19 akan tetap ada buat masa ini, dan semua pihak mempunyai peranan untuk membangunkan strategi daya tahan untuk menyesuaikan diri dengan sekitaran baru ini.



"Pemerintah akan terus menolong perniagaan dan individu untuk menyesuaikan diri dan berubah, serta mencipta dan merebut peluang baru.



"Dalam sektor privet, perniagaan sendiri perlu mengambil pendekatan yang mapan dan bekerjasama untuk memperkukuh industri mereka di tengah-tengah gangguan besar," tambah Encik Wong.




SKIM BANTUAN PEKERJAAN (JSS) DIPERTINGKAT



  • JSS sedia sokongan gaji bagi gaji kasar bulanan bernilai $4,600 untuk pekerja setempat

  • Naik daripada 10 peratus kepada 50 peratus, sektor F&B, seni persembahan serta pendidikan kesenian

  • Awalnya tiada sokongan, kini 50 peratus, sektor sukan seperti gimnasium dan kemudahan sukan

  • Naik 10 peratus kepada 30 peratus, sektor runcit kecuali pasar raya; pengendali pawagam; khidmat jagaan peribadi; muzium, tapak bersejarah dan galeri seni; pusat hiburan keluarga

  • Bantuan dilanjut hingga 13 Jun

  • Akan diagih pada September nanti


"Saya menggalak perniagaan supaya memanfaatkan sepenuhnya JSS dipertingkat bagi mengekalkan dan membayar pekerja mereka dalam tempoh ini dan menggunakan tempoh yang kurang cergas ini untuk melabur dalam pekerja menerusi latihan dan program peningkatan kemahiran...

Pemerintah akan terus menolong perniagaan dan individu untuk menyesuaikan diri dan berubah, serta mencipta dan merebut peluang baru.

Dalam sektor privet, perniagaan sendiri perlu mengambil pendekatan yang mapan dan bekerjasama untuk memperkukuh industri mereka di tengah-tengah gangguan besar."

- Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >