Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Skim bantuan Yayasan Temasek ringankan beban kewangan keluarga

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



MELIHAT bapanya berhempas pulas bekerja syif 12 jam sebagai pengawal keselamatan, meskipun dalam keadaan menghidap penyakit jantung, memberi Cik Nur Elsa Safitri Salleh motivasi untuk terus belajar.



Walaupun keluarganya itu menghadapi cabaran dari segi kewangan, pelajar Institut Pendidikan Teknikal berusia 20 tahun itu berazam mahu mengekalkan sikap positif.



"Kalau saya terus menerus dalam keadaan kemurungan, itu tidak akan mengubah keadaan saya. Oleh itu, saya pilih terus bersikap positif," ujarnya Cik Elsa.



Selain bapanya yang menghidap penyakit jantung, ibunya pula menghadapi penyakit kronik tekanan darah tinggi, migrain dan penyakit kencing manis.



Ibu Cik Elsa, yang dilahirkan di Indonesia, tidak menerima subsidi penjagaan kesihatan dan memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi bagi perubatannya.



Cik Elsa juga mempunyai seorang abang berusia 23 tahun, yang baru selesai menjalani Perkhidmatan Negara dan kini berusaha mencari pekerjaan tetap.



Seorang lagi abangnya yang berusia 21 tahun juga merupakan pelajar ITE.



Mereka sekeluarga tinggal di sebuah flat dua bilik.



Dengan cabaran kewangan yang mereka hadapi itu, skim bantuan kewangan oleh Yayasan Temasek yang diterima Cik Elsa amat membantu meringankan beban mereka sekeluarga.



Beliau menerima bantuan sebanyak $150 sebulan untuk tempoh enam bulan dari Oktober tahun ini hingga Mac tahun depan di bawah Skim Bantuan Kewangan Bulanan Yayasan Temasek, dan juga bayaran satu kali sebanyak $200 di bawah Skim Bantuan Pelajar Khas Yayasan Temasek (SSAS).



"Wang itu amat membantu. Saya menggunakannya membeli barangan dapur untuk masak di rumah. Saya jarang sekali makan di luar kerana ia agak mahal," ujar Cik Elsa.



Beliau pernah bekerja sambilan selama sekitar satu tahun di KFC sebelum pandemik Covid-19, dan memberi hampir keseluruhan gajinya kepada ibunya untuk meringankan perbelanjaan mereka sekeluarga.



Namun, setelah pandemik Covid-19 menular, ibunya memintanya agar berhenti bekerja demi keselamatannya dan mahu beliau memberi tumpuan kepada pelajarannya.



Ibunya sebelum ini juga pernah bekerja dalam bahagian pengemasan di hotel.



"Ibu bapa saya bekerja keras itu membesarkan kami. Itu yang buat saya mahu terus belajar dan bantu mereka," ujar Cik Elsa.



Beliau yang kini mengambil Nitec Lanjutan dalam Perniagaan dengan Kejuruteraan berharap untuk menyambung pengajian di politeknik nanti.



Beliau merancang mahu bekerja dalam sektor runcit kerana berminat dalam bidang khidmat pelanggan.



"Kepada pelajar lain yang mungkin menghadapi masalah kewangan, saya berharap mereka tidak berputus asa dan terus melangkah ke hadapan," ujar Cik Elsa.



Yayasan Temasek telah memperuntuk lebih $3.7 juta kepada tiga skim bantuan kewangan untuk pelajar ITE yang memerlukan demi menyokong pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah mengatasi kos sara hidup yang meningkat.



Jumlah itu adalah tambahan kepada geran sebanyak $3.2 juta pada 2022 untuk menyokong pelajar ITE yang terjejas oleh pandemik.




$3.7 JUTA BANTU PELAJAR ITE ATASI KOS SARA HIDUP LEBIH TINGGI



  • Yayasan Temasek memperuntuk lebih $3.7 juta kepada tiga skim bantuan kewangan untuk pelajar ITE yang memerlukan demi membantu mereka mengatasi kos sara hidup yang meningkat pada 2023.

  • Jumlah itu adalah tambahan kepada geran sebanyak $3.2 juta pada 2022 untuk menyokong pelajar ITE yang terjejas oleh pandemik.

  • Pelajar ITE yang layak boleh menerima skim bantuan ini:

(1) Skim Bantuan Kewangan Bulanan (MFAS)



- $150 setiap bulan bagi satu penggal (enam bulan) untuk meringankan perbelanjaan harian seperti makanan dan pengangkutan



- Mulai 2023, benefisiari dengan pendapatan per kapita kurang $200 layak menerima tambahan $50 setiap bulan bagi penggal kedua untuk tempoh enam bulan



(2) Skim Bantuan Pelajar Khas (SSAS)



- Bayaran satu kali sebanyak $200 hingga $500 untuk membantu pelajar mengharungi kemelut dalam keluarga seperti kemalangan, kehilangan pendapatan dan krisis perubatan



(3) Skim Bantuan Pembelian Komputer Riba Pelajar (SLPAS)



- Pinjaman untuk membantu pelajar memiliki komputer riba bagi menyokong pembelajaran dalam talian atau dari rumah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >