Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim bolehkan pengguna beli elektrik pada harga tetap dilanjut hingga Mei

Feb 15, 2022 | 05:30 AM



SATU skim yang membolehkan pengguna tenaga komersil membeli elektrik pada harga tetap akan dilanjutkan untuk selama tiga bulan sehingga Mei, kata Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng.



Skim itu - yang dipanggil Skim Sokongan Kontrak Elektrik Sementara (Trecs) - pertama kali dilancarkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Januari untuk membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) dalam menangani ketidaktentuan harga elektrik borong baru-baru ini.



Dr Tan menjelaskan di Parlimen semalam, bahawa buat masa ini terdapat sekitar 1 peratus pengguna - atau sekitar 11,000 akaun yang kebanyakkannya adalah akaun perniagaan - yang membeli secara langsung dari pasaran elektrik borong Singapura, sekaligus menjadikan mereka lebih terdedah kepada ketidaktentuan harga elektrik.



Justeru, skim itu bertujuan untuk membantu golongan tersebut.



Menurut Dr Tan, skim berkenaan menerima sambutan penuh pada Januari dan tawaran awal bagi Februari, juga telah menerima langganan penuh.



"Kami akan melanjutkan skim ini kepada Mac, April dan Mei.



"Kami menggalak pengguna tanpa pelan runcit untuk menimbangkan kontrak ini dengan lebih ketentuan," ujar Dr Tan.



Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan yang diajukan oleh lima Anggota Parlimen (AP) mengenai kesan krisis tenaga global terhadap SME setempat.



Di bawah skim tersebut, pengguna komersial boleh membayar harga elektrik pada kadar yang dibataskan kepada 39.7 sen bagi setiap jam kilowatt (kWh).



Kadar sebenar dibayar akan bergantung kepada rundingan mereka dengan peruncit yang terlibat dalam skim tersebut - termasuk Geneco, Sembcorp Power dan Senoko Energy Supply.



Pengguna yang layak untuk skim itu adalah pengguna komersial dengan kadar penggunaan bulanan purata sekurang-kurangnya 4,000kWh, atau 4 megawatt (MWh), iaitu 10 kali ganda daripada penggunaan bulanan purata bagi sebuah flat HDB empat bilik.



Pengguna komersial sedemikian akan boleh membeli elektrik hanya daripada pasaran borong atau peruncit dan tidak boleh membeli elektrik pada tarif yang diselia oleh syarikat SP Group.



Pada Oktober tahun lalu, kadar pasaran borong purata melonjak kepada hampir 50 sen setiap kWh. Kadar ini adalah sekitar 16 sen setiap kWh pada September.



Dr Tan berkata bahawa EMA telah bekerja rapat dengan syarikat penjana dan peruncit elektrik untuk menawarkan sekitar 645 MWh Trecs dan pelan lain yang "memiliki komponen harga tetap signifikan".



Sekurang-kurangnya 200 MWh kontrak masih ada bagi Februari, tambah beliau.



Sementara itu, Dr Tan berkata kenaikan harga elektrik tidak dapat dielakkan dan hambatan tenaga global sekarang hanya memburukkan lagi keadaan.



Menurutnya, seperti yang dikatakan dalam perbahasan Jawatankuasa Bekalan tahun lalu, Singapura telah menikmati harga elektrik yang rendah secara buatan bagi beberapa tahun disebabkan oleh pelaburan berlebihan dalam kapasiti bahan pembakar oleh syarikat penjana.



Tambah Dr Tan, ini adalah di bawah kos menjana elektrik dan ini tidak mampan.



Harga yang melambung dalam pasaran borong telah menyebabkan enam peruncit elektrik meninggalkan pasaran Singapura di antara Oktober dengan Disember tahun lalu.



Dua syarikat lain telah menamatkan beberapa kontrak pelanggan lebih awal.



Ini telah menjejas sekitar 9 peratus daripada akaun pengguna elektrik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >