Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim insentif royalti galak syarikat guna teknologi dilanjut dan dipermudah

Nov 07, 2023 | 08:10 PM



Skim Insentif Royalti yang Diluluskan (ARI), yang bertujuan menggalakkan syarikat menggunakan teknologi terkini secara meluas, akan dipertingkatkan dan dilanjutkan lima tahun lagi sehingga 31 Disember 2028.

Di bawah skim yang dipertingkatkan itu, syarikat boleh menerima pelepasan cukai atau kadar cukai konsesi bagi royalti, yuran atau sumbangan di bawah semua perjanjian bagi kegiatan yang diluluskan.

Syarikat tidak lagi perlu menjalani proses pentadbiran sukar, seperti mendapatkan kelulusan baru setiap kali satu perjanjian dimeterai atau perjanjian sedia ada diubah.

Perubahan ini merupakan antara enam set perubahan perundangan di bawah Rang Undang-Undang Insentif Pengembangan Ekonomi (Pelepasan daripada Cukai Pendapatan) (Pindaan) yang diluluskan di Parlimen pada Selasa.

Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan, berkata enam set perubahan perundangan yang terkandung dalam rang undang-undang itu meminda akta untuk memperuntukkan perubahan insentif cukai yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2022 dan Belanjawan 2023.

Untuk perubahan pertama, rujukan kepada skim Elaun Pelaburan Bersepadu (IIA) dalam akta dipadamkan kerana Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan pada Belanjawan 2022 mengenai pemberhentian skim itu selepas 31 Disember 2022.

Skim IIA yang diperkenalkan pada 2012 bertujuan memberi insentif kepada pengilang untuk mengguna model berkembar (program komputer menggunakan data dunia nyata bagi wujudkan simulasi) bagi operasi antara Singapura dengan Iskandar Malaysia dan pulau-pulau di Indonesia.

“Namun, kerumitan pentadbiran pengiraan cukai dalam bidang kuasa yang berbeza menjadikannya mencabar untuk melaksanakan skim itu,” jelas Encik Tan.

Perubahan kedua menyaksikan lanjutan skim Pinjaman Asing yang Diluluskan (AFL) hingga 31 Disember 2028.

Di samping itu, kuasa Menteri Perdagangan dan Perusahaan, serta Menteri Kewangan akan dipertingkatkan, membolehkan mereka membuat keputusan membatalkan kelulusan pinjaman wang sekiranya sebarang pelanggaran undang-undang berlaku.

Perubahan ketiga adalah lanjutan skim Insentif Royalti yang Diluluskan (ARI) sehingga 31 Disember 2028.

Dalam pada itu, pentadbiran skim tersebut dipertingkatkan dengan peralihan daripada pendekatan berasaskan perjanjian kepada pendekatan berasaskan kegiatan mulai 1 April 2023.

Sebelum ini, syarikat dikehendaki mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB), tetapi di bawah pendekatan baru ini, syarikat tidak perlu melalui proses pentadbiran yang membebankan untuk mendapatkan kelulusan baru setiap kali perjanjian baru dicapai atau perjanjian sedia ada diubah.

Encik Tan berkata: “Memandangkan penggunaan aset tidak ketara dan harta intelek menjadi lebih meluas, kami memerlukan pendekatan lebih fleksibel untuk bertindak balas terhadap kepentingan pelaburan syarikat.”

Antara perubahan lain termasuk lanjutan skim Sijil Perintis (PC) dan skim Insentif Perluasan Pembangunan (DEI) selama lima tahun kepada 31 Disember 2028, lanjutan skim Elaun Pelaburan (AI) selama lima tahun, serta memberi kuasa kepada Menteri Perdagangan dan Perusahaan membatalkan insentif di bawah akta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >