Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gaji median pekerja setempat turun 4.5% pada separuh pertama 2023

Nov 07, 2023 | 04:49 PM



Pendapatan penengah (median) sebenar di Singapura turun 4.5 peratus pada separuh pertama 2023 berbanding separuh pertama 2022 disebabkan inflasi yang tinggi dan prospek ekonomi yang lebih lemah.

Walaupun prospek ekonomi kekal tidak menentu, pemerintah menjangkakan inflasi akan menjadi sederhana untuk sepanjang tahun ini, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad di parlimen sebagai menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) pada Selasa.

Dalam menjawab soalan Encik Edward Chia Bing Hui (GRC Holland-Bukit Timah) dan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh), Encik Zaqy berkata pertumbuhan pendapatan mengatasi inflasi sejak lima tahun lalu.

“Dari 2017 hingga 2022, pertumbuhan pendapatan mengatasi inflasi, dengan pendapatan median sebenar meningkat sekitar 9.4 peratus atau 1.8 peratus setahun. Pertumbuhan pendapatan ini adalah sepadan dengan pertumbuhan produktiviti.

“Namun, disebabkan inflasi yang meningkat dan prospek ekonomi yang lebih lemah, walaupun pendapatan median nominal meningkat sebanyak 0.9 peratus, pendapatan median sebenar turun sebanyak 4.5 peratus pada asas tahun ke tahun pada separuh pertama 2023 berbanding dengan separuh pertama 2022,” jelas Encik Zaqy.

Dalam pada itu, Encik Zaqy berkata pekerja bergaji rendah telah mengalami pertumbuhan pendapatan benar yang baik sejak lima tahun lalu. Dari 2017 hingga 2022, pendapatan sebenar pada persentil ke-20 meningkat 15.4 peratus atau 2.9 peratus setahun.

“Ini bermakna apabila kos sara hidup meningkat, pendapatan pekerja bergaji rendah meningkat lebih tinggi, sekali gus mengecilkan jurang pendapatan antara pekerja bergaji rendah dan pekerja median,” katanya.

Encik Zaqy turut berkongsi kenaikan gaji dijangka kekal kukuh dalam sektor berkaitan perjalanan, di mana permintaan semakin pulih, dan dalam lebih banyak sektor perkhidmatan berintensif buruh, di mana kekurangan tenaga kerja mungkin lebih berterusan.

Beliau menambah bahawa pemerintah baru-baru ini memperluaskan Model Gaji Progresif (PWM) untuk meliputi lebih ramai pekerja bergaji rendah.

“Ini akan meningkatkan pendapatan mereka lebih jauh lagi dalam beberapa tahun akan datang, dan pekerja yang dilindungi oleh PWM boleh menjangkakan kenaikan gaji terkumpul sehingga 80 peratus menjelang 2028.

“Di tengah-tengah pasaran buruh yang ketat, pekerja bergaji rendah yang tidak dilindungi secara langsung oleh PWM juga akan menyaksikan kenaikan gaji yang bermakna, kerana majikan perlu bertindak balas terhadap kuasa pasaran untuk menarik dan mengekalkan pekerja,” ujar Encik Zaqy.

Dalam pada itu, untuk mengurangkan kesan kepada majikan, pemerintah membiayai bersama sehingga 75 peratus daripada kenaikan gaji yang diberikan oleh majikan kepada pekerja bergaji rendah yang layak dari 2022 hingga 2026, melalui Skim Kredit Gaji Progresif (PWCS).

“PWCS akan mengurangkan kesan kos ke atas majikan dalam tempoh terdekat, dan memberi masa kepada majikan untuk melabur dalam meningkatkan kemahiran pekerja dan meningkatkan produktiviti peringkat firma supaya kenaikan gaji adalah mampan,” jelas Encik Zaqy.

Bagi membantu pekerja menghadapi peningkatan kos sara hidup, Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) baru-baru ini menyarankan agar majikan memberikan bayaran sekali khas kepada semua pekerja, dengan memberi keutamaan kepada pekerja berpendapatan rendah hingga sederhana.

Pemerintah juga mengumumkan pada September pembayaran tunai tambahan untuk warga Singapura yang layak, sebagai sebahagian daripada Pakej Sokongan Kos Sara Hidup bernilai $1.1 bilion.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >