Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim kerja mikro warga emas diperluas ke empat lagi pusat penuaan aktif

Lebih banyak pusat akan sertai skim
Aug 14, 2023 | 03:16 PM



SEBUAH skim yang membolehkan warga emas mendapat bayaran untuk tugasan mudah seperti menghantar makanan kepada warga emas lain telah diperluas kepada empat pusat penuaan aktif, dan dijangka bakal dilancarkan di lebih banyak pusat lain.

Projek perintisnya dijalankan pada Januari di Pusat Penuaan Bedok Active Thye Hua Kwan Moral Charities (THKMC).

Hari ini, 11 daripada 18 pusat penuaan THKMC telah menyertai skim itu dan sekitar 50 warga emas berusia antara 60-an dan 70-an tahun terlibat.

Pusat penuaan tersebut telah menyokong hampir 200 benefisiari dan menghabiskan lebih 22,000 pekerjaan mikro, dengan warga emas menerima $1 bagi setiap tugasan.

Skim itu dibangunkan oleh Pusat bagi Warga Emas (CFS) dengan kerjasama THKMC dan Agensi Jagaan Bersepadu (AIC).

Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, melancarkan inisiatif itu pada Isnin semasa sambutan Hari Kebangsaan Pusat Penuaan Bedok Active TKHMC yang diadakan di sebuah taman senaman kejiranan.

Pusat penuaan aktif ialah tempat bagi warga emas melakukan pelbagai kegiatan berkenaan penuaan aktif, menyertai program berkawan atau daya usaha kesihatan dan mendapat rujukan kepada perkhidmataan penjagaan.

Skim pekerjaan mikro itu adalah salah satu inisiatif terbaru di pusat-pusat tersebut.

Singapura ingin mengembangkan jumlah pusat itu daripada 119 kepada 220 menjelang 2025 untuk membantu warga emas yang semakin pesat bertambah dalam masyarakat.

TKHM bakal memperluaskan skim itu kepada tujuh lagi pusatnya.

Sejak awal Ogos, empat pusat penuaan aktif kendalian Lions Befrienders telah mula menawarkan pekerjaan mikro kepada warga emas.

Pengarah eksekutifnya, Cik Karen Wee, memberitahu akhbar The StraitsTimes Lions Befrienders kini bekerjasama dengan TKHM dan CFS untuk memperluaskan skim itu kepada enam lagi pusatnya dalam dua bulan mendatang.


Pekerjaan mikro itu berdekatan rumah warga emas dan mereka boleh bekerja mengikut masa dan sasaran mereka sendiri, kata Cik Wee.

Cik Fatimah Kalip, 68 tahun, menyertai inisiatif pekerjaan mikro itu pada Januari lalu.

Beliau bekerja lima hari seminggu, menghantar makanan kepada warga emas di Bedok sebanyak dua kali sehari. Beliau juga memeriksa jika warga emas tersebut telah mengambil ubat dan memastikan mereka menandatangani borang pengambilan ubat.

“Saya boleh mendapat bayaran dan bayar bil telefon saya,” kata Cik Fatimah, yang pernah melakukan pelbagai pekerjaan, termasuk bekerja sebagai seorang pembantu di gerai penjaja dan syarikat katering.

Cik Fatimah membesarkan kesemua lima anaknya sebagai ibu tunggal sejak berusia 45 tahun, setelah suaminya meninggal dunia. Anak-anaknya sudah berkahwin dan tinggal dengan keluarga masing-masing.

“Saya menyertai pusat penuaan Bedok Active dua tahun lalu dan berkenalan dengan ramai kawan. Sebelum ini, saya hanya duduk di rumah dan buat kuih,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >