Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Harap boleh menang lagi, kata penyokong

Maghribi di ambang sejarah Piala Dunia
Dec 14, 2022 | 05:30 AM



SETELAH menyebabkan tangisan di Brussels, Madrid dan Lisbon – adakah air mata bakal menitis juga, kali  ini, di Paris?



Kejutan yang dilakukan Maghribi  ke atas pasukan gergasi – Belgium, Sepanyol dan Portugal – bermakna pasukan pimpinan Walid Regragui kini selangkah lagi daripada pentas terbesar  bola sepak bahkan sukan terunggul di  bumi ini, iaitu perlawanan akhir Piala  Dunia.



Sebelum itu, Maghribi perlu dahulu  mengatasi juara bertahan, Perancis,  dalam perlawanan di Stadium Al Bayt,  di bandar Al Khor, Qatar, malam ini (3  pagi esok waktu Singapura).



Meskipun perlawanan itu diadakan  di bandar Al Khor, yang terletak kirakira 45 kilometer dari ibu kota, Doha,  namun Maghribi boleh meraih inspirasi  dan semangat bukan hanya daripada  sokongan Afrika, benua yang diwakilinya, malah dunia Arab yang turut bersatu hati melahirkan sokongannya kepada negara majoriti Muslim itu.



Sepanjang Piala Dunia di Qatar ini,  Maghribi telah menjadi pasukan pilihan dunia Arab.



Selepas mengalahkan Sepanyol  dalam perlawanan yang menjamin tempat mereka dalam peringkat suku  akhir, Maghribi menerima ucapan tahniah menerusi kenyataan bersama daripada Menteri Kebudayaan yang mewakili 20 negara Arab, yang sedang  berhimpun di Arab Saudi dalam Persidangan Menteri Dunia Arab yang  Bertanggungjawab bagi Ehwal Budaya  ketika itu.  



Kenyataan itu mengatakan, menteri-menteri negara Arab tersebut mengucapkan tahniah dan rasa bangga  mereka atas pencapaian pasukan yang  diberi gelaran Atlas Lions itu.



 Naib-presiden Amiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed bin  Rashid, turut mengirimkan kata-kata  semangat menerusi Twitter:  



“Yang mustahil bukan bagi Maghribi... Yang mustahil bukan bagi dunia  Arab... Maghribi, kami bangga dengan  pencapaian kamu!”



Malam ini, dunia Arab dan peminat bola sepak sedunia teruja mengikuti perlawanan ini dengan penuh harap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >