Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim NMP perkukuh demokrasi S'pura: ESM Goh

Buku koleksi perspektif, renungan peribadi 20 bekas dan NMP semasa dilancar
Sep 10, 2022 | 05:30 AM



SKIM Anggota Parlimen Dilantik (NMP) memberi peluang kepada warga Singapura yang ragu-ragu tentang politik untuk menyertai Parlimen agar mereka juga dapat menyumbang kepada negara ini, kata Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong.



Malah, sejak skim itu diperkenal 32 tahun lalu, NMP yang menawarkan perspektif berbeza dan pelbagai kepada perbahasan di Parlimen, ujar beliau



"Mereka mengemukakan Rang Undang-Undang Anggota Persendirian, usul Parlimen dan mencadangkan pindaan ke atas perundangan.



"Mereka menjadikan Parlimen lebih inklusif, dengan wakil daripada bidang akademik, kesatuan sekerja, persekutuan perniagaan, pertubuhan khidmat sosial serta sektor seni dan sukan," kata Encik Goh.



Beliau berkata demikian semasa majlis pelancaran buku bertajuk The NMP Scheme: Are Unelected Voices Still Necessary in Parliament? (Skim NMP: Adakah Suara Tidak Dipilih Masih Diperlukan di Parlimen?) di auditorium bangunan Parlimen semalam.



Buku yang disunting seorang mantan NMP, Cik Anthea Ong, itu mengandungi koleksi perspektif dan renungan peribadi 20 NMP yang masih berkhidmat dan pernah berkhidmat sebelum ini.



Mereka termasuk Dr Shahira Abdullah, Cik Faizah Jamal, Encik Nicholas Fang, Profesor Madya Walter Theseira, Cik K. Thanaletchimi dan Profesor Madya Eugene Tan.



Berucap di majlis pelancaran buku itu, Encik Goh berkata skim NMP telah memperkukuh demokrasi negara ini.



"Menariknya, sistem kita yang berdasarkan model Parlimen Westminster tidak dianggap sebagai demokratik oleh beberapa pihak di negara Barat.



"Saya rasa sebab utamanya mungkin kerana satu parti politik yang memerintah negara ini selama 57 tahun sejak kemerdekaan. Bagi mereka, demokrasi memerlukan pemerintah yang bertukar-tukar.



"Namun bagi saya, yang penting ialah apakah negara itu menghasilkan pemerintah cekap dan baik secara konsisten untuk meningkatkan mutu... kehidupan rakyatnya," ujar beliau.



Encik Goh menambah bahawa kejayaan berterusan Singapura antara lain didorong pemerintah dan Parlimen bermutu tinggi, rakyat bersatu serta rasa saling percaya yang tinggi antara pemerintah dan warga.



Malah, Encik Goh berkata individu cekap dengan motivasi betul, akhlak baik, nilai dan hati ingin berbakti kepada negara diperlukan, tidak kira dalam kalangan Anggota Parlimen parti pemerintah, parti pembangkang mahupun NMP.



Beliau yang mengemukakan rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1989 untuk memperkenal skim NMP.



Mengulangi apa yang dikatakannya ketika itu, Encik Goh berkata NMP boleh memberi tumpuan pada isi perbahasan berbanding retoriknya dan mereka tidak perlu bersifat populis kerana mereka boleh mengutarakan isu tanpa membimbangkan tentang undi rakyat.



"Apabila kita mempunyai Parlimen dengan Anggota Parlimen parti pemerintah dan pembangkang serta NMP, kita memiliki Parlimen yang pelbagai dan inklusif, yang adalah lebih baik bersama," ujar Encik Goh.



Buku itu diterbitkan World Scientific dan boleh didapatkan pada harga $98 (kulit keras) atau $46 (kulit lembut) di semua kedai buku utama, termasuk Kinokuniya dan Popular.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >