Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim penggunaan awal kereta elektrik dilanjut dengan rebat maksimum dikurang

Sep 21, 2023 | 03:24 PM



Satu inisiatif bagi menggalakkan penggunaan awal kenderaan elektrik (EV) melalui rebat telah dilanjutkan sehingga 2025 tetapi dengan rebat maksimum lebih rendah pada 2024.

Pada masa yang sama, rebat bagi kereta dengan sistem pelepasan lebih bersih di bawah satu lagi skim berbeza akan dikurangkan pada 2024.

Di bawah skim Insentif Penggunaan Awal Kenderaan Elektrik, yang akan dilanjutkan selama dua tahun hingga 31 Disember 2025, pemilik yang mendaftarkan kenderaan elektrik dan teksi baru akan terus menerima rebat sehingga 45 peratus daripada bayaran pendaftaran tambahan.

Tetapi rebat maksimum akan dihadkan pada $15,000 dari Januari hingga Disember 2024 dan bukannya $20,000 seperti sekarang.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Khamis, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata langkah itu akan menggalakkan pengguna beralih kepada menggunakan kenderaan elektrik, sambil memastikan skim insentif itu kekal progresif.

Diumumkan pada 2020, skim Insentif Penggunaan Awal Kenderaan Elektrik bermula pada Januari 2021 dan akan tamat pada Disember 2023.

Sementara itu, rebat maksimum $25,000 di bawah Skim Pelepasan Kenderaan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan kekal tidak berubah dari Januari hingga Disember 2024.

Skim itu meliputi kereta dengan sifar pelepasan ekzos seperti kenderaan elektrik dalam Band A1.

Tetapi kenderaan di bawah Band A2 – termasuk kenderaan elektrik berkuasa tinggi -– akan mendapat rebat $5,000 pada 2024 dan bukannya $15,000 seperti sekarang.

Dalam kenyataan yang sama, NEA berkata rebat yang disemak itu akan “menggalakkan penggunaan kereta bertenaga lebih bersih”.

LTA dan NEA menambah, dengan rebat yang disemak berkuat kuasa dari 1 Januari hingga 31 Disember 2024, pembeli akan mendapati gabungan penjimatan kos sehingga $40,000 untuk bayaran pendaftaran tambahan.

Kebanyakan model kereta elektrik akan mendapat tahap rebat yang sama seperti hari ini, tambahnya.

Agensi-agensi itu berkata apabila industri berkembang lebih jauh, mereka akan menyemak semula rebat untuk kedua-dua skim yang akan digunakan mulai 1 Januari 2025 dan mengumumkannya kepada orang ramai pada 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >