Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim sokong pekerja diberhentikan ditimbang: DPM Wong

Ia akan rangkumi sebahagian langkah lebih meluas untuk bantu pekerja S'pura alih ke pekerjaan bernilai lebih tinggi yang sesuai
Mar 09, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang meninjau bagaimana negara ini boleh melaksana skim sokongan sementara untuk membantu pekerja yang diberhentikan namun sedang aktif mencari pekerjaan baru atau latihan.



Bercakap di perbincangan meja bundar Belanjawan 2023 The Straits Times (ST)-The Business Times(BT) pada Isnin, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata pekerja yang diberhentikan kadangkala mungkin terburu-buru menerima pekerjaan pertama yang ditawarkan kepada mereka selepas diberhentikan, tanpa mengira kesesuaian dan prospeknya.



Ini antara lain kerana mereka mempunyai bil untuk dibayar dan mereka perlu benar-benar mengatur kewangan mereka.



"Namun terus terang, dari pandangan sistem, ini mungkin bukan hasil yang paling optimum," ujar Encik Wong.



Bagaimanapun, beliau berkata usaha mencari pekerjaan yang paling sesuai atau latihan bagi pekerjaan dengan prospek lebih baik mengambil masa dan mungkin ada ruang bagi pemerintah mengambil langkah untuk menyediakan sokongan sementara.



Ini memberikan tanda terkini bahawa skim sedemikian mungkin sedang dirancang.



Semasa perbahasan Belanjawan pada Februari, Encik Wong berkata pemerintah sedang mempertimbang sokongan pengambilan kerja semula yang khusus untuk menyokong pekerja yang diberhentikan, lebih-lebih lagi pekerja matang yang berusia 40-an dan 50-an tahun, namun tidak menerangkan bentuk sokongan itu secara khusus.



Membezakan skim yang diusul itu daripada sokongan pengangguran, beliau berkata:



"Kami perlu memastikan bahawa apa jua kita lakukan tidak menghakis insentif untuk bekerja... kerana kita telah melihat hasil manfaat pengangguran yang ditawarkan di tempat lain, dengan pekerja yang diberhentikan menerima manfaat yang besar tetapi mendapatinya lebih menarik untuk kekal menganggur berbanding kembali bekerja."



Komen terkini beliau itu merupakan respons kepada soalan yang dikemukakan editor bersekutu ST, Encik Vikram Khanna, yang juga moderator perbincangan itu tentang apakah masalahnya dengan latihan kemahiran di Singapura hingga banyak kerja kosong tidak diisi.



Encik Wong berkata kerja kosong yang tidak diisi itu bukan simptom latihan yang tidak cukup berkesan, sebaliknya mencerminkan jumlah peluang yang ada di Singapura, dengan negara ini hampir mencapai kadar pengambilan kerja penuh, sejajar dengan tahap sebelum pandemik.



"Ini bukan masalah yang buruk dengan lebih banyak peluang tetapi kita harus menjangkakan bahawa kita tidak boleh melindungi setiap pekerjaan," ujar beliau.



Panel perbincangan itu, yang turut menyentuh isu kegelisahan tentang perumahan dan cukai yang meningkat bagi kelas pertengahan, turut disertai pakar ekonomi kanan dari UOB, Encik Alvin Liew, dan pemimpin kesatuan sekerja veteran, Cik K. Thanaletchimi.



Encik Liew berkata skim sokongan sedemikian akan memberi ketenangan minda buat pekerja yang diberhentikan.



Sementara itu, Cik Thanaletchimi berkata visi sokongan pengangguran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) adalah untuk memberi sokongan jangka pendek buat pekerja dan mereka harus giat memohon bagi pekerjaan untuk layak mendapatkan manfaat yang ditawarkan.



Tambahnya, sokongan pengangguran itu juga akan memperluas inisiatif latihan dan jaminan pekerjaan yang ada dengan memastikan pekerja yang diberhentikan boleh memenuhi keperluan harian mereka.



Bersetuju dengan sentimen Cik Thanaletchimi, Encik Wong berkata sebarang skim sokongan pengambilan kerja semula akan membentuk sebahagian langkah yang lebih meluas untuk membantu pekerja Singapura beralih ke pekerjaan bernilai lebih tinggi yang sesuai dengan prospek dan gaji lebih baik.



Laporan lanjut: DPM Wong: Harga rumah tinggi berpunca dari masalah bekalan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >