Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

YAYASAN MENDAKI

Skim Tuisyen Mendaki suntik sokongan akademik

Jan 14, 2022 | 05:30 AM



PENYERTAAN kelas tuisyen menjadi satu keperluan tambahan dalam mencapai kecemerlangan pendidikan seseorang pelajar.



Memenuhi sokongan tersebut, Yayasan Mendaki telah menyediakan program Skim Tuisyen Mendaki (MTS) yang membuka ruang kepada para pelajar untuk meningkatkan keupayaan akademik masing-masing.



Seorang pelajar, Nur Afifah Abdullah, yang mengikuti kelas MTS sejak Menengah 1 hingga Menengah 4, berkata beliau memperolehi impak besar dalam perkembangan pendidikan bersama MTS.



Pelajar yang sedang meneruskan pengajian di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central itu gembira dengan program pembelajaran di MTS yang telah diikutinya itu.



"Keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan sebelum ini telah mendorong saya untuk mengikuti kelas akademik tambahan yang disediakan oleh pihak Mendaki.



"Penyertaan dalam kelas tuisyen ini telah menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu subjek dengan cara menyeronokkan.



"Saya juga sangat gembira dengan bimbingan yang diberikan Encik Muhammad Jailani Abi Tali, seorang tutor di Pusat Henderson Well, kerana beliau berjaya mewujudkan pembelajaran kelas yang menarik.



"Bukan sekadar seorang tutor, beliau juga sentiasa menjaga kebajikan pelajar dengan memastikan kami makan sebelum memulakan sesi pembelajaran.



"Ternyata ini adalah penting kerana perut yang tidak kosong dapat meningkatkan daya tumpuan dan membentuk pemikiran yang lebih cerdas.



"Secara tidak langsung, ia menunjukkan betapa beliau mengambil berat akan pelajar-pelajar di MTS.



"Secara umumnya, para tutor MTS sangat ramah dan menerapkan pembelajaran interaktif.



"Mereka sangat fleksibel dalam membincangkan topik yang kurang difahami pelajar. Bilangan pelajar yang lebih kecil juga akan mengurangkan kadar keciciran pelajar.



"Oleh itu, tutor dapat memberi tumpuan yang lebih baik untuk mengatasi kelemahan para pelajar.



"Dengan bimbingan tutor yang berkaliber, pelajar dapat meningkatkan prestasi pembelajaran, sekaligus menghasilkan keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang," kata Nur Afifah.



Sehubungan dengan itu, dua beradik, Alya Mysara Muhd Firdaus dan Afra Mahira Muhd Firdaus, juga mengikuti kelas Mendaki di Sekolah Menengah Tampines dengan sokongan ibu bapa mereka.



Alya Mysara ialah pelajar Menengah 1 di Sekolah Menengah East Spring tahun ini, manakala Afra Mahira pula merupakan pelajar Darjah 5 di Sekolah Rendah Gongshang. Kedua-duanya telah mengikuti kelas MTS sejak tahun 2020 lagi.



Menurut ibu kepada dua beradik tersebut, Cik Siti Nurba'ah Akbar:



"Pada tahun lepas, lebih separuh daripada sesi tuisyen Mendaki dijalankan secara dalam talian. Bagaimanapun, peralihan ini tidak mematahkan semangat saya untuk menyediakan keperluan terbaik untuk anak-anak.



"Memandangkan anak sulung saya juga sedang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah atau PSLE, maka saya terpaksa memastikan dia mendapat sokongan lebih untuk meneruskan pembelajaran.



"Salah satu cabarannya adalah untuk memastikan mereka mempunyai persekitaran yang kondusif untuk belajar.



"Justeru, saya berusaha mendapatkan sebuah meja belajar khas untuk menyimpan buku-buku dan nota-nota mereka. Selain itu, saya juga membelikannya headphone yang tidak terlalu mahal sebagai pembakar semangat. Langkah ini telah mendorongnya untuk menghadiri sesi pembelajaran dalam talian dengan lebih selesa.



"Cabaran lain pula, saya dan suami perlu menguruskan tiga orang adiknya yang juga mempunyai kelas dalam talian. Untuk menangani situasi ini, saya membahagikan dua kawasan belajar di rumah. Kami kerap memantau kedua-dua kawasan itu bagi memastikan semua anak-anak fokus dan tekun belajar pada setiap masa.



"Dengan adanya bantuan tuisyen daripada Mendaki ini, anak-anak saya juga dapat menuntut ilmu tambahan untuk menghadapi peperiksaan sekolah. Program MTS ini sangat bermanfaat dan wajar diteruskan bagi membantu anak-anak Melayu," ujar Cik Siti Nurba'ah.




"Secara umumnya, para tutor MTS sangat ramah dan menerapkan pembelajaran interaktif. Mereka sangat fleksibel dalam membincangkan topik yang kurang difahami pelajar. Bilangan pelajar yang lebih kecil juga akan mengurangkan kadar keciciran pelajar. Oleh itu, tutor dapat memberi tumpuan yang lebih baik untuk mengatasi kelemahan para pelajar. Dengan bimbingan tutor yang berkaliber, pelajar dapat meningkatkan prestasi pembelajaran, sekaligus menghasilkan keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang.''
- Nur Afifah Abdullah, yang mengikuti kelas MTS dari Menengah 1 hingga 4.




PEMBAHARUAN DALAM MTS



Maklumat lanjut mengenai MTS boleh didapati di laman https://www.mendaki.org.sg/programmes/mendaki-tuition-scheme-mts/.



Pembaharuan dalam Skim Tuisyen Mendaki

Tuisyen yang berkualiti pada kadar yuran yang rendah bermula 2022, yuran pendaftaran tuisyen telah dikurangkan kepada hanya $10 setahun untuk semua pelajar Melayu/Islam.



Saiz kelas yang kecil

Dengan kehadiran guru yang komited dan berwibawa, pelajar akan menerima lebih perhatian bagi membantu mereka untuk berjaya.



Bantuan akademik yang lebih menyeluruh

Pelajar darjah tiga hingga enam boleh mengambil tiga subjek - Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains - sebagai persiapan menghadapi PSLE.




MAKLUMAT LANJUT SKIM TUISYEN MENDAKI



Skim Tuisyen Mendaki (MTS) atau Program Tuisyen Kerjasama (CTP) ialah program tuisyen bahasa Inggeris dan Matematik selama 32 minggu berpandukan kurikulum sejajar dengan Kementerian Pendidikan.



Tempoh bagi setiap kelas ialah tiga jam setiap minggu.



Kelas MTS bermatlamat menawarkan program yang disesuaikan untuk memperbaiki prestasi akademik pelajar yang mendapat markah 75 mata ke bawah.



Kini, murid sekolah rendah darjah empat hingga enam boleh mengambil tiga subjek - Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sebagai sebahagian daripada pakej tuisyen.



Kelas MTS akan mengadakan pendekatan 'Blended Learning' iaitu pembelajaran bergabungan, di mana pelajar akan belajar melalui pengajaran di dalam bilik darjah dan dalam talian.



Pendaftaran untuk kelas MTS atau CTP boleh dilakukan melalui Sistem Pendaftaran Program Dalam Talian (OPRS) hingga hujung Januari 2022.



Layari laman web, www.mendaki.org.sg untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >