Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN GCE 'A'

Skrip jawapan kertas Kimia GCE 'A' pelajar Singapura dicuri di Britain

Feb 24, 2018 | 05:30 AM



SEBUAH bungkusan yang mengandungi skrip jawapan Kertas 3 subjek Kimia H2 Peperiksaan GCE peringkat 'A' 2017 milik 238 pelajar Singapura, telah dicuri daripada penghantar di Britain apabila ia sedang dalam perjalanan daripada Penilaian Cambridge kepada pemeriksa pada 16 November lalu.



Calon yang terjejas terdiri daripada empat maktab rendah termasuk Maktab Rendah Anderson (58 skrip), Maktab Rendah Anglo-Chinese (60 skrip), Hwa Chong Institution (60 skrip) dan Maktab Rendah Nanyang (60 skrip).



Syarikat penghantar itu telahpun membuat laporan kepada Polis Britain pada hari yang sama.



Namun Penilaian Cambridge hanya memberitahu tentang insiden itu kepada Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) tentang kes pencurian itu pada 30 November 2017.



Sehingga hari ini, siasatan polis masih diteruskan dan skrip masih belum diperolehi.



Meskipun demikian, para pelajar terjejas telahpun dianugerahkan gred berdasarkan prestasi mereka dalam tiga lagi kertas Kimia lain - kertas Kimia 1, 2 dan 4 - yang kesemuanya merangkumi 65 peratus terhadap gred akhir.



Bagi memastikan markah konsisten bagi calon yang terjejas, Penilaian Cambridge dan SEAB juga mengambil kira keputusan peperiksaan calon berdasarkan sekolah.



Menurut SEAB, kesemua 238 calon yang terjejas meraih sekurang-kurangnya gred lulus dengan 81 peratus meraih gred A dan B bagi H2 Kimia. Lebih 50 peratus dikatakan meraih gred A.



Calon yang terjejas merangkumi sekitar 3 peratus daripada 8,843 calon sekolah yang menduduki kertas peperiksaan Kimia H2 GCE peringkat 'A' tahun lalu.



Menulis di Facebooknya petang semalam, Menteri Pendidikan (Sekolah) Ng Chee Meng memberikan kepastian kepada semua pelajar terjejas bahawa MOE akan bekerjasama dengan SEAB dan Penilaian Cambridge untuk memastikan kesemua pelajar meraih gred penilaian yang adil.



"Ini merupakan prosedur yang sudah mantap dan kukuh yang telah digunakan lembaga peperiksaan Britain.



"Kami akan menyokong pelajar terjejas sebaik mungkin. Saya harapkan pemahaman dan kesabaran anda sedang kita terus melakukan apa yang diperlukan,'' ujarnya.



Tambah beliau lagi, Cambridge telah memohon maaf dan akan menyemak proses mereka untuk mengelakkan perkara yang sama berulang.



Ini merupakan kali pertama kertas jawapan peperiksaan negara telah dicuri.



Kali terakhir kejadian serupa berlaku pada 1993 apabila 261 kertas jawapan Kesusasteraan Inggeris daripada peperiksaan GCE peringkat 'O' hilang.



Namun, menurut Ketua Eksekutif SEAB, Cik Tan Lay Choo, ada perbezaan dari segi bagaimana gred calon terjejas diramalkan bagi kededua kes.



"Bagi peperiksaan Kesusasteraan, hanya ada satu kertas dan skrip yang hilang itu merangkumi 100 peratus gred keseluruhan.



"Dalam kes ini, kita sudah pun mempunyai 65 peratus keputusan mereka dan tiada layanan istimewa diberikan kepada calon terjejas.



"Justeru langkah yang diambil berbeza," jelasnya.



Beliau turut melahirkan keyakinan terhadap langkah yang digunakan untuk meramalkan gred pelajar terjejas.



Calon yang terjejas telah diberitahu tentang insiden ini apabila mengambil keputusan mereka pada 2.30 petang semalam oleh sekolah masing-masing.



Satu taklimat telah diadakan buat mereka dengan kehadiran pegawai Kementerian Pendidikan (MOE) dan SEAB.



Hari ini juga, satu taklimat diadakan buat ibu bapa calon yang terjejas.



Calon yang terjejas telah diberikan pilihan untuk menduduki semula Kertas 3 Kimia H2 pada 25 April dan keputusan akan dikeluarkan pada pertengahan Mei tahun ini.



Tambahan itu, calon yang menjalani perkhidmatan negara (NS) pula mempunyai pilihan mengambil peperiksaan itu pada November 2018.



Peperiksaan semula itu akan berdasarkan kurikulum yang sama dan bakal diadakan di SEAB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >