Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SM Teo di Brunei hadiri sambutan ulang tahun ke-75 Sultan Hassanal Bolkiah

Jul 15, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, berada di Brunei Darussalam dari kelmarin hingga hari ini sebagai wakil pemerintah Singapura untuk menghadiri sambutan ulang tahun ke-75 Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.



Encik Teo ditemani isterinya, Cik Teo Poh Yim, dan pegawai dari Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Semalam, Encik Teo menemui Putera Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, menurut kenyataan MFA.



Kedua-dua pemimpin itu menekankan pentingnya Program Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei dan Encik Teo menjemput Putera Al-Muhtadee Billah agar mengunjungi Singapura bagi YLP seterusnya tidak lama lagi,



Encik Teo juga menemui beberapa menteri dan pegawai kanan Brunei semalam dan kelmarin.



Hari ini, Encik Teo dijadual menghadiri Upacara Kawalan Kehormatan Diraja dan Upacara Pengurniaan pada sebelah pagi dan menemui Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada sebelah petang.



Sementara itu, Presiden Halimah Yacob; Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong; Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat; Encik Teo; Menteri Kanan Emeritus (ESM), Encik Goh Chok Tong; dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, telah mengutus ucapan tahniah kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah di atas ulang tahunnya yang ke-75.



Puan Halimah dalam utusannya menyingkap lawatan rasminya ke Brunei pada 2018 di mana beliau berpeluang menyaksikan pembangunan negara itu dan kerjasama meluas antara kedua-dua negara.



"Saya yakin hubungan istimewa antara Singapura dengan Brunei, dipupuk menerusi generasi pemimpin, akan berkembang dari kekuatan ke kekuatan pada tahun-tahun akan datang," katanya.



Encik Lee pula berkata Singapura dan Brunei adalah rakan lama yang telah bekerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, kerjasama kewangan dan dalam lingkungan pendidikan.



"Saya berharap dapat terus bekerjasama dengan Yang Maha Mulia dalam mempererat hubungan dua hala kita," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >