Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SM Tharman bersara dari politik

Jul 08, 2023 | 05:30 AM



Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, telah bersara daripada politik dan semua jawatannya dalam pemerintah, mengakhiri perkhidmatan 22 tahunnya dalam politik negara.

Beliau pada Jun telah mengumumkan yang beliau ingin meletak jawatan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan mengundur diri daripada jawatan Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial pada 7 Julai.

Ini setelah beliau mengisytiharkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang.

Encik Tharman menghadiri acara terakhirnya sebagai Menteri Kanan di Kelab Golf Sentosa pada Jumaat malam. Beliau juga menyampaikan ucapan di Acara Golf dan Makan Malam Amal Ulang Tahun Ke-15 Pusat Jantung Universiti Nasional, Singapura (NUHCS), itu.

Penghormatan diberikan kepada Encik Tharman di atas sumbangannya selama lebih dua dekad dalam perkhidmatan awam dalam sidang Parlimen terakhirnya pada Khamis.

Encik Tharman, 66 tahun, merupakan orang pertama yang secara terbuka mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya itu.

Beliau menyifatkan langkah bersara daripada politik dan pemerintah sebagai satu keputusan yang sukar.

“Saya telah secara komited meluangkan keseluruhan hidup saya kepada perkhidmatan awam dan memajukan kepentingan Singapura,” kata Encik Tharman dalam kenyataannya sebelum ini.

Beliau memenuhi syarat kelayakan bagi calon sektor awam yang memerlukan calon memegang jawatan selama sekurang-kurangnya tiga tahun antara lain sebagai menteri, ketua hakim negara, Speaker Parlimen, peguam negara atau setiausaha tetap.

Antara sumbangannya sejak beliau menyertai politik pada 2001 ialah sebagai Anggota Parlimen GRC Jurong, Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau juga pernah menjadi pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS), timbalan pengerusi dana kekayaan negara GIC, di mana beliau mempengerusikan Jawatankuasa Strategi Pelaburannya, dan pengerusi Majlis Penasihat Antarabangsa Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

Selain bidang politik, beliau juga dikenali di peringkat antarabangsa kerana mempengerusikan Jawatankuasa Kewangan dan Kewangan Antarabangsa di bawah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) selama empat tahun dan telah mengetuai beberapa majlis antarabangsa melibatkan rombakan kewangan dan ekonomi.

Selain Encik Tharman, pengasas Harvey Norman Ossia, Encik George Goh, 63 tahun, juga telah melahirkan hasrat untuk bertanding bagi Pilihan Raya Presiden tahun ini.

Usahawan itu merupakan pengerusi eksekutif kumpulan Ossia International, sebuah syarikat disenaraikan di Bursa Singapura (SGX) yang terlibat dalam produk pengguna seperti kasut dan pakaian.

Pilihan Raya Presiden kali ini bakal diadakan secara terbuka, di mana calon yang mewakili semua kaum boleh memohon untuk bertanding.

Penggal enam tahun Presiden Halimah Yacob akan berakhir pada 13 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >