Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMRT akan perkenal sistem analitik pada LRT Bukit Panjang

May 22, 2023 | 06:29 PM



SATU sistem analitik video yang mengumumkan kepada kakitangan SMRT setiap kali seseorang berada di landasan akan dilaksana pada laluan LRT Bukit Panjang (BPLRT) sebelum suku ketiga 2023.

Operator BPLRT, SMRT, berkata sistem yang diberi nama iSafe itu, akan memperbaiki keselamatan penguna dengan mengumumkan kepada kakitangan untuk menyiasat dan “mengambil langkah perlu dengan segera” sejurus ia mengesan seseorang di landasan.

Sistem itu akan memaklumkan kepada kakitangan dan menyiarkan pengumuman menerusi speaker stesen tersebut untuk memberi amaran kepada pengguna yang terlalu dekat dengan landasan.

Akhbar The Straits Times telah menghubungi SMRT untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang sistem tersebut.


Awal Mei, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor, berkata di Parlimen bahawa operator pengangkutan awam kini sedang menyemak teknologi analitik video untuk memberitahu mereka tentang pencerobohan di landasan, agar terdapat lebih banyak masa untuk campur tangan.

Sepanjang sedekad lalu, terdapat dua kematian dan satu kecederaan yang berlaku akibat insiden terjatuh di landasan LRT.

Pada Mac 2023, seorang wanita berusia 33 tahun ditemui mati di landasan dekat platform stesen Cove di sepanjang LRT Punggol East.

Satu lagi kematian, pada Mac 2017, libatkan seorang lelaki yang mabuk.

Mangsa meninggal dunia selepas berada di landasan dekat stesen Fajar di sistem LRT Bukit Panjang dan dilanggar sebuah kereta api.

Bagi mencegah orang ramai daripada terjatuh atau berada di landasan, semua stesen di sistem LRT Bukit Panjang dan Sengkang-Punggol telah dilengkapi halangan gelas platform dan besi sejak 2018.

Namun tidak seperti stesen MRT, halangan platform masa kini di stesen LRT tidak dilengkapi dengan pintu skrin platform (PSD), dan sebaliknya mempunyai pembukaan tetap.

Dr Khor menekankan bahawa ruang terhad, dengan menyatakan bahawa pemasangan PSD dan prasarana susulan akan mengurangkan kapasiti penumpang stsen LRT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >