Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Insiden banjir di terowong SMRT

SMRT: Tindakan disiplin bagi enam staf penyenggaraan, lagi tujuh pengurus disiasat lanjut

Nov 06, 2017 | 03:56 PM



 





ENAM staf SMRT akan dikenakan tindakan disiplin, sementara tujuh pengurus dari jabatan penyenggaraan sama akan disiasat lebih lanjut, kata pengendali keretapi itu, ekoran kejadian banjir di terowong yang menjejas lebih suku juta penumpang bulan lalu.



Gaji bagi kepimpinan kanan SMRT – termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Desmond Kuek – dijangka terjejas selepas syarikat itu berkata ia akan ‘mengambil kira’ insiden in apabila menyemak ganjaran mereka.



Dalam kenyataannya semalam, SMRT berkata ia telah melengkapkan siasatan ke atas penyenggaraan Sistem Pengeluaran Air Bishan.



Sekumpulan enam pekerja dari jabatan Penyenggaraan Bangunan dan Prasarana didapati bersalah memalsukan rekod kerja penyenggaraan ke atas pam takungan air di Bishan dari Disember 2016 dengan Jun 2017.



Mereka terdiri daripada seorang pengurus, penyelia kejuruteraan dan empat anggota kru.



Tujuh pengurus – termasuk dua naib presiden yang telah digantung daripada melaksanakan tugas sebagai penyelia – akan disiasat lebih lanjut.



Dalam pada itu, siasatan teknikal yang dikendalikan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura ke atas insiden banjir di Terowong Bishan itu masih diteruskan.



Banjir yang berlaku pada 7 Oktober itu menyebabkan khidmat keretapi di sebahagian laluan Utara–Selatan (NSL) terganggu selama 20 jam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >