Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan $1.9 juta bagi peguam, firma guaman hadapi Covid-19

May 07, 2020 | 05:01 PM



 





AKADEMI Undang-Undang Singapura (SAL) telah memperuntuk pakej sokongan $1.9 juta bagi membantu kakitangan dalam sektor undang-undang dan firma guaman.



Lebih 9,000 anggota SAL boleh menerima bantuan yang bertujuan membantu mereka menghadapi kesan Covid-19.



Mereka, masing-masing, boleh menerima kredit $150 sekali pada 9 Mei, yang boleh digunakan untuk membeli bahan yang diterbitkan SAL seperti buku perundangan dan progrm pembangunan. 



Firma guaman yang melanggan khidmat pencarian undang-undang LawNet pula tidak perlu membayar yuran langganan bagi Jun dan Julai. 



Juga, sehingga 40 firma guaman kecil - iaitu firma setempat yang menggajikan lima peguam dan ke bawah, boleh memohon untuk mendapatkan percuma pakej penyesuaian proses perniagaan yang biasanya berharga $5,000.



Mengumumkan pakej bantuan itu menerusi video pada Rabu (6 Mei), Hakim Besar Sundaresh Menon, yang juga presiden SAL berkata:



“Akademi amat sedar mengenai cabaran gentung yang dihadapi anggota kami. Peluang kami kembali kepada cara biasa kami melakukan perniagaan adalah tipis, bagi tempoh masa yang berlanjutan.”



Bilangan kes dan pendapatan bagi 83 peratus peguam yang mengamalkan undang-undang telah merosot, berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh SLA bulan lalu. 



Sejumlah 75 peratus peguam yang bekerja sebagai peguam dalam syarikat pula menanggung beban kerja yang bertambah dalam bidang pengurusan krisis dan isu pekerja.



Sejumlah 40 peguam menyertai tinjauan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >