Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PERDAGANGAN DAN PERUSAHAAN

Sokongan $70j bagi firma runcit, F&B

Bantuan juga dihulurkan untuk kedai di kawasan perumahan
Mar 05, 2022 | 05:30 AM



FIRMA-FIRMA runcit serta makanan dan minuman (F&B) akan mendapat sokongan perniagaan baru bernilai $70 juta di bawah Pakej Merancakkan Semula Khidmat Makanan dan Perniagaan Runcit yang akan membantu mereka dalam usaha pendigitalan, produktiviti dan melatih pekerja tempatan, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perindustrian), Cik Low Yen Ling.



Selain itu, beliau juga mengumumkan program Our Heartlands atau Kawasan Perumahan Kita 2025 yang bertujuan menerapkan pendigitalan dan menyuntik kesegaran kepada kedai di kawasan perumahan sepanjang empat tahun akan datang, dengan lebih banyak perincian mengenai peta perjalanan itu diumumkan tidak lama lagi.



Menjelaskan dalam perbahasan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam, beliau berkata sektor runcit dan F&B layak menerima dana lebih tinggi di bawah Geran Huraian Produktiviti (PSG) dan skim Geran Pembangunan Perusahaan (EDG) bagi transformasi perniagaan di bawah pakej baru itu.



Perniagaan sedemikian akan menikmati sokongan maksimum sebanyak 80 peratus bagi dua skim dari 1 April tahun ini hingga 31 Mac tahun depan, berbanding had 70 peratus bagi industri lain.



Cik Low menambah pakej itu akan "membantu khidmat makanan dan syarikat runcit menambah tenaga manusia dalam pengambilan dan latihan warga setempat".



Persatuan perdagangan akan memberi galakan kepada program seperti Laluan Kerjaya Pertengahan SGUnited dan Program Peralihan Kerjaya.



Menyentuh mengenai program Kawasan Perumahan Kita 2025, ia bermatlamat mengembangkan lagi usaha pendigitalan di kawasan perumahan agar sembilan daripada 10 kedai akan mendakapi sekurang-kurangnya satu huraian digital.



Penjual juga digalak supaya menjalani latihan dalam kewangan dan pengurusan inventori bagi memperbaiki keberkesanan operasi.



Antara kawasan perumahan itu termasuk Ang Mo Kio, Bukit Batok, Bishan, Punggol, Clementi, Toa Payoh, Woodlands dan Yishun.



Cik Low menukil bahawa 85 peratus daripada lebih daripada 17,000 perusahaan kawasan perumahan telah melaksanakan huraian pembayaran dalam talian sehingga akhir bulan Februari, daripada NETS, Fave, Grab, atau PayNow.



Lebih daripada separuh perusahaan ini juga telah memanfaatkan saluran digital dan platform penjualan dalam talian seperti Carousell, Fave dan Shopee untuk berkembang dan menubuhkan laman Google My Business agar lebih dikenali dalam talian.



"Dalam beberapa tahun akan datang, kami berharap dapat melihat mereka mengembangkan pendapatan, merangsang keberkesanan operasi selain menarik pelanggan baru ke kawasan perumahan yang bertenaga," katanya.



Selain keupayaan digital, pemerintah juga akan meluaskan Program Perniagaan Visual Kawasan Perumahan untuk meningkatkan keupayaan di luar talian dan menarik lebih ramai pelanggan dan mempertingkat penjualan.



Program itu dilancarkan buat pertama kali dalam separuh kedua tahun lalu dan hampir 100 pemilik perniagaan telah meraih kemahiran baru dalam penempatan produk dan penghasilan kandungan digital.



"Kami komited untuk membantu kedai kawasan perumahan kita bersiap sedia bagi masa hadapan," kata Cik Low dalam ucapannya.



Antara peniaga yang telah memperkenalkan perniagaan mereka di kawasan perumahan ialah gerai Ashes Burnnit.



Diketuai Encik Lee Syafiq Muhd Ridzuan Lee, 30 tahun, beliau dan pekerja mudanya yang lain menjual burger gourmet merentasi empat pusat penjaja dan kedai kopi di Singapura.



"Kita mahu melakukan lebih banyak untuk memupuk dan melancarkan usahawan baru di kawasan perumahan kita," ujarnya.




SEKILAS PELAN



  • Menyokong perusahaan tempatan dan warga Singapura sedang mereka menjalani transformasi

  • Memperkukuh keupayaan perusahaan di kawasan perumahan serta kerjasama dengan perantara seperti persatuan perdagangan bagi mencapai kemajuan bersama

Antara Inisiatif Baru:



  • Program Pendigitalan Persatuan Perdagangan dan Dewan Perniagaan (Digi-Tac)

  • Program Fellowship Persatuan Perdagangan dan Dewan Perniagaan (TAC) bagi Pembangunan Kepimpinan.

  • Program Pemacu Kepimpinan TAC

  • Pakej Pemulihan Khidmat Makanan dan Perniagaan Peruncitan

Antara lanjutan program:



  • Program Pinjaman Sementara

  • Geran Pembangunan Perniagaan (EDG)

Antara peningkatan program:



  • Kawasan Perumahan Kita 2025




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >