Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPC naikkan harga minyak petrol, tidak lagi paling murah di SG

Oct 15, 2021 | 05:30 AM



SETELAH mengekalkan harga minyak petrol sejak Julai, syarikat SPC milik China menaikkan harganya sebanyak empat hingga lima sen seliter semalam.



Minyak petrol oktana 92 kini berharga $2.51 seliter, menjadikannya setara dengan harga syarikat Esso, menurut Fuel Kaki, laman yang ditubuhkan Persatuan Pengguna Singapura (Case) untuk menjejak harga minyak petrol.



Harga minyak petrol oktana 95 SPC ialah $2.53 seliter, iaitu masih terendah, sementara harga oktana 98 ialah $3.02 - setara dengan Esso dan Sinopec.



Harga itu adalah empat sen lebih tinggi berbanding dua hari lalu. Harga minyak diesel SPC pula ialah $2.08 seliter, juga setara dengan Esso dan Sinopec, lapor The Straits Times.



Semua harga itu adalah sebelum diskaun. Harga yang dibayar oleh pengguna kenderaan bergantung pada faktor seperti kad kredit yang mereka gunakan atau program kesetiaan yang disertai.



Sebagai contoh, Sinopec menjual minyak petrol oktana 95 termurah, iaitu $2 seliter jika pembayaran dilakukan menggunakan kad OCBC, diikuti $2.09 seliter di Esso (kad DBS Esso), $2.11 seliter di Caltex (kad OCBC Voyage), $2.15 seliter di SPC (pelbagai kad) dan $2.24 seliter di Shell (pelbagai kad).



Oleh itu, bagi pembayaran kad kredit, SPC adalah jenama kedua termahal bagi gred petrol paling popular.



Menurut kiraan Fuel Kaki, Sinopec mempunyai harga efektif terendah bagi minyak petrolnya secara umum, tetapi keterbatasannya ialah syarikat itu hanya mempunyai tiga stesen di serata Singapura, bilangan kecil berbanding kedai minyak syarikat lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >