Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA: LAPORAN PERKHIDMATAN PENJARA SINGAPURA

Spear akan dikerah apabila banduan berkelakuan ganas, berontak

Feb 10, 2022 | 05:30 AM



APABILA seorang banduan mula berkelakuan ganas atau memberontak, Pasukan Respons Tindakan Kecemasan Penjara Singapura (Spear) akan dikerahkan untuk mengawal keadaan tersebut.



Lengkap dengan beberapa peralatan dan teknologi baru, unit taktikal elit dari Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) ini telah dilatih untuk memberi tindakan segera kepada sebarang gangguan yang boleh menjejas keselamatan di dalam penjara.



Ini termasuk penahanan banduan berisiko tinggi.



Pasukan tersebut juga memainkan peranan dalam mengekalkan persekitaran kerja yang selamat untuk semua pegawai SPS, sekali gus memastikan kelancaran operasi di institusi penjara itu.



"Sebagai pasukan taktikal yang mengkhusus dalam menguruskan kontigensi penjara, selama bertahun-tahun pegawai Spear telah menggunakan peralatan yang berkaitan dan membangunkan teknik untuk meningkatkan keupayaan taktikal kedua-dua pasukan Spear dan pasukan pegawai penjara," kata agensi tersebut.



Dalam pada itu, SPS juga telah melabur dalam peralatan dan teknologi baru serta melatih setiap pegawainya dalam menggunakan peralatan ini untuk mengukuhkan keupayaan operasi mereka dalam menangani keganasan di dalam penjara.



Statistik terbaru yang dikeluarkan SPS semalam mendedahkan bahawa kadar serangan di penjara di sini melihat peningkatan pada 2019 dan hampir berada di sekitar tahap yang sama sejak itu.



Antara April tahun lalu dan bulan depan, kadar serangan dijangka berada pada tahap 46.1 bagi setiap 10,000 banduan, dengan kadar semasa antara April dan Disember 2021 berada pada tahap 34.6.



Kes-kes ini termasuk sebarang serangan ke atas pegawai penjara atau serangan terhadap banduan lain di mana mangsa mengalami kecederaan serius.



Semalam, pihak media berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana pegawai dari pasukan Spear itu menangani situasi di dalam penjara, dengan mengetengahkan beberapa peralatan dan teknologi baru yang digunakan dalam operasi mereka.



Ini termasuk penggunaan Peranti Gangguan Elektronik Taktikal (TEDD) - yang menggunakan pembesar suara untuk mengeluarkan bunyi sekuat 120 desibel bersama-sama lampu yang menyinarkan cahaya terang - untuk mengalih perhatian banduan dan sekali gus membolehkan pegawai Spear bertindak dengan pantas dan selamat.



Selain TEDD, pasukan itu juga memberi demonstrasi bagaimana mereka memindahkan banduan yang bertindak ganas, dari bilik penjara mereka dengan menggunakan Peranti Penahan Mudah Alih Bermotor (MMRD).



Alat tersebut memudahkan pemindahan banduan yang tidak memberi kerjasama, terutama apabila perlu menggunakan tangga.



Sebelum ini, kekuatan fizikal tiga pegawai diperlukan untuk menggerakkan seorang banduan di atas kerusi tahanan (tidak bermotor) menaiki dan turun tangga.



Namun dengan MMRD baru ini dilengkapi dengan trek bermotor yang membolehkan seorang pegawai menggerakkan banduan dengan mudah dengan hanya menekan butang.



Timbalan Pegawai Komand, pasukan Spear, Superintenden (Supt) Derry Teh berkata bahawa pasukan Spear akan dikerahkan sekitar sekali setiap dua minggu.



Walaupun begitu, setiap kerahan tidak semestinya memerlukan mereka menggunakan kekerasan terhadap banduan.



Beliau menjelaskan: "Kadang-kala kehadiran kita sahaja akan membuat para banduan berhenti dari bertindak ganas. Dari situ, kita akan sesuaikan cara kita mengendalikan situasi tersebut."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >