Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPF, SCDF adakan semula latihan tangani pengganasan berskala besar sejak pandemik

Nov 20, 2023 | 08:23 PM



Satu latihan antipengganasan bersama oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah diadakan pada Isnin, di tengah-tengah kebimbangan keselamatan yang memuncak berhubung konflik di Timur Tengah.

Latihan ‘Heartbeat’, yang melibatkan lebih 100 peserta dan termasuk unit seperti Pasukan Respons Kecemasan (ERT) SPF serta pegawai tindak balas darat, telah diadakan di Millenia Singapore.

Beberapa negara telah meningkatkan langkah keselamatan di sekitar sasaran Israel yang berpotensi dan tunjuk perasaan pro-Palestin, selepas serangan pada 7 Oktober oleh Hamas membawa kepada operasi ketenteraan berskala besar oleh Israel di Gaza, lapor The Straits Times.


Di Singapura, sasaran yang menghadapi kemungkinan diserang telah menilai semula langkah-langkah keselamatannya, dengan meningkatkan rondaan di acara dan tempat ekoran perkembangan di Gaza.

Latihan berskala penuh pada Isnin adalah yang pertama sejak pandemik Covid-19.

SPF berkata pegawai dan sukarelawan melakonkan senario yang membolehkan SPF dan SCDF mensimulasikan tindak balas kecemasan di pembangunan bersepadu Millenia Singapore yang terletak di sebelah Suntec City.

Latihan itu melibatkan simulasi pengeboman berani mati, serta situasi tebusan dan serangan menggunakan kenderaan ke atas orang awam.

Pada sekitar 10 pagi, seorang anggota yang memainkan watak pengganas, menghantar bungkusan mencurigakan ke Millenia Tower, yang mencetuskan keadaan panik di kalangan orang ramai.

Beberapa minit kemudian, dia meletupkan peranti yang dipakainya pada jaket.

Sedang orang awam yang cedera bergegas menyelamatkan diri, dua lelaki bersenjata muncul dan melepaskan tembakan secara rambang.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, pasukan Tindak Balas ‘In-Situ’ SPF dikerah ke tempat kejadian beberapa minit kemudian. Bersenjatakan senapang ringan HK-MP5, mereka dilatih untuk bertindak balas terhadap sebarang ancaman keselamatan awam di lokasi berisiko tinggi yang telah dikenal pasti.

Pasukan tindak balas darat dan pegawai ERT juga diaktifkan untuk menangkap lelaki-lelaki bersenjata itu.

Paramedik dan bomba SCDF turut dibawa masuk untuk membantu orang awam yang cedera, dan mengawal kebakaran selepas kenderaan itu meletup.

Bercakap kepada media selepas latihan itu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, berkata:

“Kami telah mewujudkan senario yang berkemungkinan besar boleh berlaku di Singapura. Kita mesti ingat bahawa serangan pengganas di Singapura boleh menjadi situasi ‘bukan jika, tetapi bila’.

“Kita perlu memastikan semua pihak berkepentingan dan orang ramai sentiasa bersedia untuk situasi sebegitu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >