Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura akan buat ujian klinikal 2 vaksin bagi varian baru

Aug 09, 2021 | 05:30 AM



UJIAN klinikal setempat akan dijalankan tidak lama lagi ke atas dua vaksin Covid-19.



Dibangunkan syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, ujian berkenaan memberi sasaran kepada empat varian yang menimbulkan keprihatinan termasuk varian Delta.



Ujian klinikal peringkat awal yang baru sahaja menerima kebenaran dari Penguasa Sains Kesihatan (HSA) akan menilai keselamatan dan respons imun vaksin terhadap varian Alpha, Beta, Gamma dan Delta serta sebagai suntikan penggalak atau 'booster' buat golongan yang sudah menjalani vaksinasi.



Vaksin ini dibangunkan firma farmaseutikal Arcturus Therapeutics.



Sukarelawan sihat, kedua-dua lelaki dan wanita, antara usia 21 dengan 65 tahun juga diperlukan bagi menjalani ujian ini.



Ia akan ditadbir Unit Perubatan Siasatan SingHealth, yang dipimpin Profesor Madya Jenny Low.



Profesor Low yang merupakan timbalan pengarah klinikal dan saintifik unit berkenaan memberitahu akhbar The Straits Times:



"Dua vaksin baru itu, ARCT-154 dan ARCT-165 akan diuji bersama dengan vaksin asal ARCT-021, di mana kami akan membandingkan antara tiga vaksin ini bagi meninjau keselamatan dan fungsi perlindungan antibodinya."



Ujian di sini dikenali sebagai ujian fasa satu/dua. Ujian fasa satu bagi keselamatan vaksin memastikan tiada kesan sampingan yang teruk. Respons imun peserta akan juga diukur.



Sejumlah 72 peserta akan direkrut - 36 orang belum lagi menjalani vaksinasi manakala lagi 36 orang yang telah menerima dos suntikan kedua vaksin Pfizer sekurang-kurangnya enam bulan lalu.



Sejurus keselamatan vaksin ini dipastikan, ujian ini akan beralih ke fasa dua yang melibatkan kohort lebih besar, biasanya ratusan orang dengan fokus pada respons imun peserta.



Fasa tiga ujian ini yang melibatkan ribuan sukarelawan akan selanjutnya menentukan keberkesanan vaksin ini dalam menangani empat varian.



Mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi atau kencing manis harus memastikan keadaan mereka mantap dan terkawal.



Mereka yang mempunyai sejarah alahan teruk pada vaksin atau bekas pesakit Covid-19 tidak boleh menyertai ujian ini. Begitu juga mereka yang pernah menjalani ujian Mers-CoV, Sars-CoV dan Sars-CoV-2.



Jika berminat sertai ujian ini, hubungi Unit Perubatan Siasatan SingHealth menerusi e-mel imu@singhealth.com.sg atau hubungi 6323-7544/8318-0685.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >