Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura akan laksana perubahan bagi capai kompak sosial baru: DPM Wong

5 perubahan utama dikenal pasti antaranya pendekatan baru mengenai kemahiran, definisi baru kejayaan
Apr 18, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA akan melaksanakan beberapa perubahan utama sebagai satu kompak sosial baru termasuk pendekatan baru mengenai kemahiran dan definisi baru kejayaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Perubahan-perubahan ini berdasarkan hasil perbincangan beberapa bulan menerusi latihan Melakar Hala Tuju Singapura, yang menyaksikan semakan dasar dalam semua bidang.



Menggariskan lima perubahan utama itu di hari pertama perbahasan mengenai Ucapan Presiden di Parlimen pada Isnin, Encik Wong berkata perbincangan selama beberapa bulan dengan rakyat menunjukkan bahawa peringkat seterusnya dalam membina negara memerlukan pendekatan mengenai kemahiran, definisi baru kejayaan, pendekatan baru bagi sokongan sosial dan pendekatan baru bagi menjaga warga emas.



Ia juga memerlukan komitmen diperbaharui terhadap satu sama lain - yang mengurangkan tumpuan pada "saya" - sebaliknya lebih tumpuan pada "kita" dan "kami".



Encik Wong menjelaskan lima perubahan utama itu penting dalam kompak sosial baru Singapura yang cuba ditentukan menerusi latihan Melakar Hala Tuju Singapura.



Ia bertujuan bagi memastikan masyarakat pertengahan yang luas serta anak-anak mereka akan terus menyaksikan peningkatan dalam kehidupan mereka manakala jurang ditutup dengan golongan memerlukan.



Memberikan perincian mengenai pendekatan berhubung kemahiran, beliau akur perjalanan itu memerlukan anak-anak untuk menimba kemahiran di awal hidup mereka.



Justeru, pemerintah akan meluaskan program KidStart untuk mendekati lebih ramai keluarga bergaji rendah di samping meneliti cara meningkatkan kadar penyertaan prasekolah bagi kanak-kanak dari keluarga bergaji rendah, khususnya mereka berusia tiga hingga empat tahun.



"Tetapi terdapat cabaran lebih mendalam dalam sistem pendidikan kita, konsep meritokrasi kita kekal terlalu sempit.



"Ramai rasa terperangkap dalam perlumbaan mengejar kejayaan dari usia muda, berdepan dengan tekanan untuk mendapatkan gred terbaik, memasuki apa yang dianggap sebagai sekolah terbaik agar mereka mendapat tempat di universiti terbaik," ujar Encik Wong yang menggesa masyarakat supaya serius untuk menyegarkan semula pemikiran tentang sekolah dan gred.



Mengenai definisi kejayaan baru, beliau berkata perubahan minda adalah penting untuk beralih daripada definisi bersikap material. Namun perubahan itu sendiri sahaja tidak cukup untuk memberikan kesan.



"Tidak mencukupi untuk mengatakan yang kita meraikan pelbagai pekerjaan. Struktur ekonomi, gaji dan prospek kerjaya dalam pelbagai bidang juga harus konsisten dengan apa yang kita hargai," ujar Encik Wong yang menukil contoh seperti pekerjaan berkemahiran seperti juru elektrik dan tukang paip boleh dikaryawankan lagi.



Mengenai mengukuhkan sokongan sosial, pemerintah semakin beralih dari bantuan sosial ke pemerkasakan sosial dalam membantu golongan memerlukan dan pendekatan ini akan diluas untuk meliputi sokongan sosial lain, menurut beliau.



Sementara itu, Encik Wong mendedahkan ada rancangan untuk melabur dalam prasarana bagi memastikan warga emas dijaga menjangkaui kesihatan fizikal. Antaranya, membina lebih banyak apartmen penjagaan masyarakat, meluaskan Pusat Penuaan Aktif dan membaiki akses kepada khidmat penjagaan berpangkalan di rumah.



Dalam memastikan tanggungjawab kolektif, Encik Wong berkata kompak sosial baru bukan hanya memerlukan pemerintah melakukan lebih dan rakyat lebih bergantung kepada pemerintah.



"Ia adalah mengenai pemerintah, perniagaan, kesatuan pekerja, masyarakat dan masyarakat sivil memainkan peranan mereka untuk rakan senegara. Ia adalah tentang kita semua berganding bahu dan membentuk masyarakat yang memberi peluang dan jaminan kepada semua," tekannya.



Seramai 14 Anggota Parlimen (AP) telah menyampaikan hujah semasa perbahasan pada Isnin.




5 PERUBAHAN UTAMA



1. Pendekatan baru mengenai kemahiran



2. Definisi baru kejayaan



3. Pendekatan baru bagi sokongan sosial



4. Pendekatan baru bagi menjaga warga emas



5. Komitmen diperbaharui terhadap satu sama lain 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >