Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN: KEMENTERIAN PERTAHANAN

S'pura akan perkukuh 6 tunggak Pertahanan Mutlak: Zaqy

Tunggak sedia ada masih relevan dan boleh dilaksana, daripada tambah perubahan iklim atau ancaman biologi
Mar 02, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA akan memberi tumpuan untuk memperkukuh enam tunggak Pertahanan Mutlak serta memberi respons terhadap pandemik dan daya tahan sekitaran menerusi struktur itu, daripada menambah dua lagi tunggak.



Apa yang lebih penting adalah untuk bertindak dengan cara yang mendatangkan kesan, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Encik Zaqy berkata Kementerian Pertahanan (Mindef) komited sepenuhnya untuk menyokong usaha pemerintah memperkukuh prasarana penyakit berjangkit dan Pelan Hijau Singapura 2030.



Beliau memberi contoh rancangan Mindef mempertingkat keupayaan makmal keselamatan-bio Nasional Pertubuhan Sains Pertahanan (DSO) ke tahap keempat - yang tertinggi - dan usaha mempertingkat daya tahan sekitarannya.



Encik Zaqy juga berkata Wisma Teroka Singapura (SDC) yang dipertingkat akan menerapkan tema daya tahan dalam prasarana dan programnya.



Ini termasuk pelaksanaan lebih 2,000 panel suria yang mampu menampung sekitar separuh penggunaan elektrik SDC, selain program pendidikan baru mengenai pertanian di bandar dan daya tahan awam.



"Ini bukanlah langkah yang kecil, tetapi langkah utama bagi Mindef," kata Encik Zaqy.



"Kami bersetuju pandemik dan perubahan iklim adalah ancaman serius yang memerlukan respons bersama daripada pemerintah, perniagaan, masyarakat dan individu.



"Kita boleh berusaha dari segi persediaan, tindakan dan daya bangkit dari sudut fizikal, psikologi digital.



"Sama ada untuk menangani perubahan iklim atau ancaman biologi, kami percaya konsep tunggak Pertahanan Mutlak yang ada pada masa ini relevan dan boleh dilaksanakan," ujar Encik Zaqy.



Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan yang diajukan oleh Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) dan Encik Don Wee (GRC Chua Chu Kang), untuk menambah dua lagi tunggak Pertahanan Mutlak iaitu pertahanan biologi dan pertahanan iklim.



Menurut Encik Zaqy, Singapura perlu berusaha memperkukuh Pertahanan Mutlak sedang negara memberi tumpuan kepada usaha bangkit daripada Covid-19 dan menekankan ancaman yang Singapura hadapi tidak pernah dihapuskan keseluruhannya.



"Kita harus terus menekankan peri penting Pertahanan Mutlak dalam mempersiapkan Singapura bagi ancaman hari ini dan di masa depan.



"Tunggak demi tunggak, kita harus perkukuhkan supaya kita dapat menjadi lebih bersedia dan lebih berdaya bingkas," ujar Encik Zaqy.



Buat masa ini, enam tunggak Pertahanan Mutlak Singapura adalah Ketenteraan, Sivil, Ekonomi, Sosial, Psikologi serta yang terbaru, Digital dan Psikologi, yang ditambah dua tahun lalu.



Menjawab pertanyaan Encik Patrick Tay (SMC Pioneer), Encik Zaqy berkata Singapura telah berusaha untuk memperkukuh pertahanan warga terhadap serangan siber dan maklumat salah yang boleh menjejas masyarakat, terutama semasa krisis seperti Covid19 ini.



Beliau memberi contoh kerjasama Mindef dengan rakan kongsi tertentu seperti Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) bagi membangun program pendidikan bagi Pertahanan Digital dan yang terkini untuk memperluas program itu ke universiti lain.



Mindef juga bekerjasama dengan agensi pemerintah lain seperti SkillsFuture Singapura dan Agensi Keselamatan Siber Singapura bagi program Tempat Kerja Digital, yang kini ditawarkan di 19 institusi, termasuk semua politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE), kata Encik Zaqy.



"Menerusi program-program ini, kami akan terus menggalak tindakan yang boleh diambil warga Singapura untuk menjadi lebih selamat dan bertanggungjawab di dalam talian dan memperkukuh pertahanan menentang kepalsuan di dalam talian yang mengancam untuk memecahbelahkan kita," kata Encik Zaqy lagi.



Dalam pada itu, Encik Zaqy juga berkata Mindef bercadang menggalak warga Singapura menjadi lebih aktif menyertai perbincangan mengenai isu-isu pertahanan dan Perkhidmatan Negara (NS).



Menurut beliau, usaha pada tahun lalu telah melahirkan cadangan berharga untuk memperkukuh komitmen awam terhadap NS dan Pertahanan Mutlak dan Mindef bercadang mengadakan lagi sesi perbincangan awam serupa pada tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >