Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura akan terus main peranan adakan matlamat bersama demi kepentingan jagat: Vivian

Sep 24, 2022 | 05:30 AM



SETIAP negara, walaupun kecil, boleh mengadakan matlamat bersama dan bertanggungjawab bagi mencapainya, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Dan Singapura akan terus memainkan peranannya mengadakan matlamat bersama dan melindungi kepentingan umum bagi rakyat global.



Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis sambutan ulang tahun ke-30 Forum Negara Kecil (FOSS) kelmarin. Majlis itu sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-77 dan dibuka kepada semua anggota badan dunia itu.



Dalam ucapannya, Dr Balakrishnan berkata orang ramai kini hidup dalam dunia tidak menentu dan agak berbahaya kerana harus mengharungi pelbagai ancaman daripada peperangan, jurang digital, pandemik dan keselamatan siber, dan ini amat berbahaya terutama bagi negara kecil.



"Namun, dalam tempoh tiga dekad FOSS telah berkembang daripada sebuah kumpulan tidak rasmi rentas rantau dengan sekumpulan 16 negara kepada sebuah kumpulan yang kini terdiri daripada 108 negara.



"FOSS kini lebih bermakna kerana ia majoriti dalam Perhimpunan Agung PBB dan ia menunjukkan negara kecil boleh mengadakan matlamat sama dan boleh bertanggungjawab untuk mencapai matlamat itu," ujar beliau.



Dr Balakrishnan menekankan bahawa tiada satu negara pun boleh menangani masalah yang dihadapi semua negara pada masa sekarang.



"Oleh itu, adalah penting semua negara bekerjasama dan mempunyai matlamat bersama untuk melindungi kepentingan umum bagi rakyat global dan menangani cabaran yang dihadapi semua negara," ujar beliau.



Dr Balakrishnan menambah bahawa Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, telah melancarkan satu inisiatif sangat baik dan merupakan asas baik bagi negara-negara bekerjasama.



"Kami melihat inisiatif itu sebagai sesuatu yang boleh mempercepat pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) serta menyegarkan dan memberi tenaga semula kepada PBB.



"Saya harap kita semua boleh bekerjasama untuk menyokong agenda ini bagi menyokong PBB dan kembali meneruskan usaha mencapai Agenda 2030 dan SDG," katanya.



Dr Balakrishnan turut berkata Singapura akan terus memainkan peranannya dalam Program Kerjasama Singapura dan telah menyediakan program pembangunan keupayaan bagi lebih 100,000 pegawai dari seluruh dunia.



"Kami terus mengalu-alukan semua negara meluangkan masa untuk bersama kami, mengenali keanehan dan keunikan Singapura serta memberi kami peluang untuk turut belajar daripada anda.



"Saya harap kita semua boleh menggunakan pengajaran ini untuk menjadikan dunia ini tempat lebih baik dengan permulaannya dari sudut kecil dunia kita," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >