Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

S'pura akan terus semak langkah untuk kurangi tabiat merokok

Jan 11, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA terus giat menyemak dan mempertingkat langkah antimerokoknya, termasuk mengkaji idea dan amalan antarabangsa tentang bagaimana untuk mengurangkan lagi tabiat merokok dalam kalangan penduduk.



Malah, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, berkata beliau tidak mengetepikan kemungkinan Singapura mengenakan larangan merokok mengikut kumpulan usia, atau kohort, seperti yang dilaksana di New Zealand.



Pada Disember 2021, New Zealand mengumumkan larangan menjual produk tembakau kepada sesiapa yang lahir selepas 2008.



Semasa menjawab pertanyaan beberapa Anggota Parlimen termasuk Encik Liang Eng Hwa (Bukit Panjang) dan Dr Lim Wee Kiak (GRC Sembawang) yang ingin tahu perkembangan terkini bagi kajian yang dijalankan tentang bagaimana larangan serupa boleh dilaksana di negara ini semalam, Cik Rahayu berkata pemerintah juga sedang berusaha menyemak dan memahami bagaimana langkah tersebut mungkin berkesan dalam konteks Singapura.



"Untuk memastikan larangan itu berkesan sepenuhnya dalam usaha menyekat akses kepada produk tembakau bagi kumpulan usia yang terjejas, kita perlu memperkenal undang-undang bagi golongan yang lebih berusia dan tidak dikenakan larangan itu namun boleh bersubahat atau membekalkan produk itu (kepada kumpulan usia yang terjejas)," ujarnya.



Ini bermakna kumpulan usia yang terjejas masih boleh merokok dengan rokok yang dibekalkan kepada mereka oleh rakan mereka atau individu lain yang bukan daripada kumpulan usia yang terjejas.



Cik Rahayu menarik perhatian bahawa sedang New Zealand telah memperkenal undang-undang untuk melaksana larangan merokok mengikut kumpulan usia, negara itu tidak melarang penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau vaping seperti Singapura.



Tambahnya, pemerintah juga akan terus mengkaji sama ada pendekatan New Zealand melaksanakan larangan merokok mengikut kumpulan usia itu boleh dilaksana di Singapura.



"Dasar generasi bebas tembakau di New Zealand mempunyai matlamat jangka masa lebih panjang untuk menjadikan merokok sesuatu yang bukan norma berbanding menyekat akses sepenuhnya kepada produk tembakau dalam jangka masa pendek.



"Bagaimanapun, ini merupakan satu langkah dasar menarik yang wajar dikaji lagi untuk meninjau sama ada ia wajar dan berkesan dalam konteks Singapura," ujarnya.



Beliau turut menarik perhatian pelbagai langkah antimerokok lain yang diambil Singapura termasuk menerusi undang-undang.



Antara lain, usia minimum untuk membeli, mengguna, memiliki, menjual dan membekal produk tembakau telah dinaikkan kepada 21 tahun mulai 1 Januari 2021.



Ini perubahan kali ketiga dan terakhir kepada syarat usia minimum di bawah pindaan Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan), yang diluluskan di Parlimen pada November 2017.



Usia minimum pertama kali dinaikkan daripada 18 tahun kepada 19 tahun pada 1 Januari 2019; dan daripada 19 tahun kepada 20 tahun pada 1 Januari 2020.



MOH juga sebelum ini mengumumkan akan melancarkan kempen digital awal tahun ini untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan kesihatan yang negatif akibat vaping dan menangani tanggapan salah berhubung tabiat itu.




"Untuk memastikan larangan itu berkesan sepenuhnya dalam usaha menyekat akses kepada produk tembakau bagi kumpulan usia yang terjejas, kita perlu memperkenal undang-undang bagi golongan yang lebih berusia dan tidak dikenakan larangan itu namun boleh bersubahat atau membekalkan produk itu (kepada kumpulan usia yang terjejas)...

Dasar generasi bebas tembakau di New Zealand mempunyai matlamat jangka masa lebih panjang untuk menjadikan merokok sesuatu yang bukan norma berbanding menyekat akses sepenuhnya kepada produk tembakau dalam jangka masa pendek.

Bagaimanapun, ini merupakan satu langkah dasar menarik yang wajar dikaji lagi untuk meninjau sama ada ia wajar dan berkesan dalam konteks Singapura."

- Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >