Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura bangun perisian berciri seperti ChatGPT bagi sektor awam

Jul 18, 2023 | 05:46 PM



Pemerintah sedang membina satu set alat daya penghasilan bagi perkhidmatan awam yang boleh membantu dengan penulisan dan pengekodan, serupa dengan chatbot popular ChatGPT.

Perisian yang dinamakan Pair itu sedang dibangunkan oleh pasukan Produk Pemerintah Terbuka di bawah Agensi Teknologi Pemerintah (GovTECH), kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, pada Selasa.


Beliau berkata demikian semasa berucap di persidangan STACKx Data & AI, yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura.

Pair telah dibangunkan sejak Januari dan kini mempunyai 4,000 pengguna berdaftar.

Ia menggunakan model bahasa besar (LLM), kelas model kecerdasan buatan (AI) sama yang menyokong chatbot seperti ChatGPT.

Pair membenarkan “penggunaan LLM yang selamat dan cekap untuk membantu penulisan dalam ruang pembangunan pemerintah”, kata Dr Puthucheary.

Tambahnya, ia juga dilengkapi dengan keselamatan yang dipertingkat, dengan kerjasama perkhidmatan Azure OpenAI Microsoft, untuk memastikan maklumat sensitif boleh dimasukkan tanpa menyimpan data.

“Ia nampaknya dapat berfungsi dengan baik dalam kalangan pengguna awal perkhidmatan awam, dan kami berharap dapat menawarkannya kepada semua agensi tidak lama lagi,” kata Dr Puthucheary.

Dalam pada itu, beliau berkata pemerintah sedang meneroka penggunaan AI untuk meningkatkan perkhidmatan digital bagi rakyat.

Sebagai contoh, pemerintah kini berada di peringkat awal bereksperimen dengan LLM untuk menyesuaikan pencarian di SupportGoWhere, wadah dalam talian di mana rakyat boleh mencari perkhidmatan pemerintah dan skim sokongan, dengan keperluan unik individu.

Jika pemerintah berjaya melakukan demikian, rakyat berupaya berkongsi kisah peribadi mereka dan dihubungkan dengan skim dan perkhidmatan yang sesuai, sejajar dengan keperluan mereka, kata Dr Puthucheary.

Kedua-dua Pair dan wadah SupportGoWhere yang dipertingkat merupakan sebahagian daripada peringkat pertama penggunaan AI oleh pemerintah, dengan tujuan memperluas kesan yang ditinggalkannya serta mempertingkat daya penghasilan dan kecekapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >