Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura bentuk pasukan bertindak tangani ancaman 'ransomware'

Pasukan antara agensi bakal bantu perniagaan, institusi kajian/pendidikan tangani perisian tebusan
Oct 25, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH pasukan bertindak antara agensi telah ditubuhkan bagi membantu perniagaan serta institusi kajian dan pendidikan menangani ancaman perisian tebusan, atau ransomware.



Langkah tersebut sebagai setapak ke hadapan bagi melindungi perusahaan Singapura, sesetengahnya mungkin membekalkan prasarana maklumat kritikal kepada operator yang menyediakan perkhidmatan penting di sini.



Pertubuhan dengan amalan siber keselamatan yang lemah lebih terdedah kepada perisian tebusan, kata Menteri Kanan Encik Teo Chee Hean, yang turut umumkan penubuhan pasukan bertindak itu baru-baru ini.



"Penjenayah perisian tebusan akan mengambil kesempatan dan mereka amat canggih," kata Encik Teo yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara.



Perisian tebusan telah menyebabkan banyak pertubuhan besar, sesetengahnya menguruskan prasarana kritikal lumpuh.



Apabila mereka berjaya menembusi satu rangkaian korporat, penggodam boleh gunakan perisian hasad (malware) untuk alihkan data rahsia dan mengunci sistem sasaran.



Penggodam perisian tebusan biasanya menuntut tebusan sebagai ganti kepada kunci penyahsulitan (decryption) untuk melepaskan sistem yang digodam atau kerana tidak dedahkan dadah yang dicuri.



"Mereka ambil kesempatan amalan siber keselamatan yang lemah untuk mengakses sistem dan data mangsa mereka.



"Mereka mencuba nasib ke atas pertubuhan yang sanggup membayar tebusan itu dan menyembunyikan serangan tersebut daripada melaporkannya sebagai jenayah, serta mengambil kesempatan bagi jurang antara bidang kuasa bagi mengelakkan penguatkuasaan undang-undang," katanya.



Pasukan Bertindak Menentang Perisian Tebusan yang baru itu bertujuan menutup jurang itu, terutamanya sejak bilangan serangan perisian tebusan meningkat 54 peratus di Singapura daripada 2020 hingga tahun lalu, kata Agensi Keselamatan Siber (CSA).



Ditubuhkan pada awal tahun ini, pasukan bertindak itu terdiri daripada pegawai kanan dari CSA, Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech), Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), Kementerian Pertahanan (Mindef), Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Pasukan Polis Singapura (SPF).



Pasukan bertindak itu meluaskan bidang kuasa melindungi prasarana maklumat kritikal (CII) bagi menyokong perkhidmatan penting, termasuk pengangkutan, penjagaan kesihatan dan tenaga.



Melindungi semua perniagaan, dan institusi kajian serta pendidikan adalah penting memandangkan terdapat hubungan kaitan digital antara sistem pembekal dengan rakan lain.



Sesetengah firma ini mungkin punyai kaitan kepada operator perkhidmatan penting.



"Sekiranya sistem kritikal dilumpuhkan dengan satu serangan, mungkin akan terdapat kesan teruk ke atas negara serta sistem, pertubuhan dan perniagaan antarabangsa, kerugian pada kewangan dan ancaman pada nyawa serta mata pencarian," kata Encik Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >