Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura berada di landasan lalui norma baru dengan Covid-19 tetapi hadapi tiga ketidaktentuan

Sep 24, 2021 | 08:41 PM



SINGAPURA berada di landasan beralih ke norma baru kehidupan dengan Covid-19 tetapi berdepan dengan tiga ketidaktentuan - kadar peningkatan angka jangkitan harian, kadar kematian dan bebanan sumber hospital, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.  



Memberi maklumat terkini mengenai situasi pandemik di Singapura pada Jumaat (24 September), Encik Ong berkata Singapura perlu mengubahsuai rancangannya bergantung pada kesan varian Delta terhadap negara ini.



"Ini adalah satu-satu cara bagi kita pulih daripada Covid-19 sebagai sebuah masyarakat dan sebagai sebuah negara," katanya dalam sidang media maya pasukan bertindak berbilang kementerian bagi menentang Covid-19.



Encik Ong menambah: "Kita mungkin seperti mengikut jejak beberapa negara Eropah yang sedang atau sudah membuka semula ekonomi dan hidup agak seperti biasa. Namun, ingat bahawa mereka terpaksa berdepan dengan kehilangan nyawa manusia, kebanyakannya tahun lalu."



Beliau menambah Singapura akan melakukan apa sahaja yang mampu bagi mengurangkan kematian daripada Covid-19 dan ini juga sebab mengapa Singapura hanya membuka semula ekonominya selepas ia telah memberi vaksin buat kebanyakan penduduknya.



"Justeru, kita akan mengharungi gelombang ini secara berbeza, selamat dan berjaya," jelasnya.



Beliau menambah, buat masa ini, kes Covid-19 berada pada putaran seganda keempat. Masih tidak jelas jika jumlah jangkitan harian akan berubah walaupun terdapat beberapa tanda peningkatannya akan berada pada kadar lebih perlahan.



Menurutnya, tidak jelas berapa ramai lagi pesakit yang akan mengalami sakit teruk dan meninggal.



Jumlah kematian berada pada paras lebh rendah kerana kesan perlindungan vaksinasi. Sejumlah 23 unit jagaan rapi (ICU) kini terisi. 



Akhir sekali, setiap tambahan kes secara harian dianggap besar dan akan menambah tekanan pada sistem jagaan kesihatan Singapura.



"Varian Delta ini tidak mengikut skrip kita," ujar Encik Ong sambil menambah gelombang terkini jangkitan ini datang lebih cepat daripada dijangka. Malah, segalanya berlaku sebelum rancangan  MOH dipertingkat dan dilaksanakan sepenuhnya.



Bagi menangani tambahan kes, jumlah katil hospital Covid-19 bertambah dari 1,000 katil kepada 1,600 katil. Namun, Encik Ong berkata langkah ini terpaksa membawa pada pengorbanan dan pengurangan khidmat yang biasanya ditawarkan.



Demi mengurangkan tekanan pada sumber hospital, MOH mengerahkan kemudahan baru bagi memantau rapi dan mengurus pesakit dengan penyakit kronik.



Kemudahan rawatan masyarakat dipertingkat Covid-19 yang pertama di Singapura dibuka di Tampines pada Khamis dengan 300 katil rawatan masyarakat. Lagi 200 katil akan diperuntukkan di Hospital Besar Sengkang bagi kemudahan serupa.



Secara berasingan, Singapura juga memperkenal program pemulihan di rumah. Lebih 40 peratus kes harian diletakkan dalam program ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >