Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, China meterai 19 perjanjian sempena mesyuarat peringkat tinggi di sini

S'pura, China perkukuh hubungan dalam pembiayaan hijau, digital
Nov 02, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan China memeterai 19 persetujuan selepas satu mesyuarat peringkat tinggi berlangsung semalam, yang merupakan jumlah paling banyak sejak beberapa tahun lalu.



Persetujuan itu mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dalam bidang seperti inovasi, pendigitalan dan a ekonomi hijau.



Semalam, Timbalan Perdana Menteri (DPM) merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat, mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya, Timbalan Perdana Menteri China, Encik Han Zheng.



Mereka mempengerusikan Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) ke-18; Jawatankuasa Pandu Bersama (JSC) Taman Perindustrian Suzhou (SIP) ke-23; JSC Bandar-Eko Tianjin Sino-Singapura (SSTEC) ke-14; dan JSC Inisiatif Demonstrasi China-Singapura (Chongqing) mengenai Kesalinghubungan Strategik (CCI) keenam.



Menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam, Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) itu berlangsung di Hotel Four Seasons dan dihadiri lebih 10 menteri serta wakil Singapura dan rakan sejawat dari China.



Antara mereka termasuk Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; dan Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan yang juga Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran.



Encik Heng berkata mesyuarat tahun ini membawa bersama momentum yang diperbaharui kepada kerjasama kededua negara.



"Lawatan Timbalan Perdana Menteri China, Encik Han Zheng, merupakan peristiwa penting bagi sambungan semula penglibatan secara bersemuka.



"Untuk menyelaraskannya, kami menantikan pemulihan secara beransur-ansur dan selamat penerbangan antara kededua negara ke tahap pra-Covid apabila China sudah bersedia.



"Perkara utama kepada hubungan dua hala kami adalah projek antara kededua pemerintah, bermula dengan Taman Perindustrian Suzhou," katanya yang turut mengucapkan tahniah kepada Parti Kongres Komunis (CPC) menyusuli selesainya kongres parti itu yang ke-20 bulan lalu.



Encik Heng menambah bahawa Singapura mempunyai majlis perniagaan di lapan wilayah serata China.



Kesemua projek ini, katanya, bersama dengan banyak Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani saban tahun, telah memberi kemajuan yang baik.



Beliau menambah bahawa para pegawai Singapura telah memulakan bidang kerjasama baru terutamanya dalam digital, mesra alam dan kesalinghubungan.



Ini membina kepada apa yang dibincangkan antara Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong dengan Presiden China, Encik Xi Jinping, tambah Encik Heng.



"Mesyuarat ini amat berkesan dan melakarkan hala tuju sejajar dengan keperluan Singapura dan usaha kita dalam merombak ekonomi, serta hala tuju pembangunan baru China,'' tambahnya.



Ditemui media, Encik Heng menganggap mesyuarat JCBC dan JSC mencerminkan kerja cemerlang yang dilakukan para pegawai dari kededua pihak sejak mesyuarat lalu.



"Saya menantikan kolaborasi yang terus diperkukuh dengan China dalam tahun-tahun mendatang.



"Ini akan memanfaatkan bukan sahaja kededua negara, malah rantau ini juga," tambahnya.



Mesyuarat JCBC menyemak semula kerjasama dua hala dalam bidang seperti Inisiatif Belt and Road (BRI) China; ekonomi, perdagangan dan kemampanan; inovasi; kewangan; kesihatan awam; dan pertukaran budaya antara rakyat; serta Bandar Pengetahuan Guangzhou China-Singapura, yang merupakan projek kerjasama dua hala di peringkat negara.



Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Encik Heng dan Encik Han bersetuju bahawa hubungan dua hala, menerusi pelbagai projek dan platform kerjasama, telah berkembang sejajar dengan keutamaan pembangunan kededua negara.



Berdasarkan kadar perubahan serata dunia yang tidak dijangkakan, Singapura dan China patut terus berkolaborasi dengan rapat ke atas inovasi dalam semua sektor agar selari dengan perubahan tersebut.



Encik Heng dan Encik Han bersetuju bahawa kededua negara patut terus memandang ke hadapan, dan meluaskan usaha bersama untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan baru dalam bidang yang sedang berkembang seperti digital dan ekonomi hijau.



Ini bagi mendorong kemampanan dan pertumbuhan inklusif bagi kededua negara dan rantau.



Kenyataan itu menambah bahawa Encik Heng dan Encik Han bersetuju bahawa Singapura dan China akan mengukuhkan kerjasama dalam bidang seperti perdagangan, kolaborasi pihak ketiga, kerjasama dalam sains dan inovasi teknologi, bandar bijak, kewangan, kesihatan awam dan respons epidemik.



Selain itu juga, kededua mereka setuju untuk kukuhkan kerjasama dalam pembangunan kepimpinan, tadbir urus sosial, pembangunan sumber manusia, pendidikan dan pertukaran budaya serta pelancongan.



Dalam perjanjian hijau, kedua-dua negara akan meluaskan kerjasama dalam bidang pembiayaan hijau dan meningkatkan hubungan pasaran modal.



Satu Pasukan Bertindak Pembiayaan Hijau akan dibentuk oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan People's Bank of China.



MOU juga ditandatangani oleh Enterprise Singapore dan jawatankuasa pentadbiran Taman Perindustrian Suzhou bagi mendalami kerjasama pembangunan hijau.




"Lawatan Timbalan Perdana Menteri China, Encik Han Zheng, merupakan peristiwa penting bagi sambungan semula penglibatan secara bersemuka.

Untuk menyelaraskannya, kami menantikan pemulihan secara beransur-ansur dan selamat penerbangan antara kededua negara ke tahap pra-Covid apabila China sudah bersedia.

Perkara utama kepada hubungan dua hala kami adalah projek antara kededua pemerintah, bermula dengan Taman Perindustrian Suzhou."

- Timbalan Perdana Menteri (DPM) merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >