Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENYATAAN MENTERI BERHUBUNG COVID-19

S'pura, China sambung hubungan pengangkutan secara beransur, selamat

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA dan China akan menyambung semula perhubungan pengangkutan udaranya secara beransur dan selamat, kata Menteri Pengangkutan Encik S Iswaran di Parlimen semalam.



Syarikat penerbangan dari Singapura dan China telah memohon untuk mengendali lebih banyak penerbangan antara kedua-dua negara itu.



Menyampaikan Kenyataan Menteri, Encik S Iswaran berkata Singapura mengalu-alukan keputusan China menyambung semula penerbangan bebas kuarantin dengan seluruh dunia, menyusuli pembukaan semula sempadan negara itu serta kelonggaran keperluan kuarantin bagi pengembara yang pulang ke negara.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan meluluskan permohonan penerbangan itu secara beransur sambil menimbangkan keadaan kesihatan awam semasa serta kapasiti Lapangan Terbang Changi bagi memastikan ia berupaya mengendali operasi dan menawarkan pengalaman penerbangan yang efisien.



Singapura menerima antara 700 dengan 1,000 penumpang dari China sehari - iaitu kurang 10 peratus perangkaan prapandemik.



Beliau berkata bilangan penerbangan antara China dengan Singapura sejak Oktober 2022 telah meningkat dari 25 penerbangan setiap minggu kepada 36 penerbangan setiap minggu sehingga pertengahan bulan lalu.



"Sehingga kini, terdapat 38 penerbangan antara China dengan Singapura setiap minggu termasuk dua penerbangan yang baru sahaja diluluskan ke Beijing, iaitu secara purata lima hingga enam penerbangan setiap hari di Changi," katanya.



Encik Iswaran berkata pihaknya akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati untuk memastikan Lapangan Terbang Changi mempunyai kapasiti mengendali peningkatan dari segi jumlah penerbangan, menawarkan penjelasan dan jaminan kepada syarikat penerbangan dan memastikan penumpang meraih pengalaman penerbangan lancar dan selamat.



Encik Melvin Yong (SMC Radin Mas) bertanya sama ada pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menimbangkan keperluan pemakaian pelitup di semua penerbangan yang menuju ke Singapura memandangkan profil risiko penumpang telah meningkat.



Cik Ng Ling Ling (GRC Ang Mo Kio) bertanya tentang jadual masa paras penerbangan antara Singapura dengan China dapat kembali ke paras prapandemik.



Encik Iswaran berkata, khusus bagi China, negara itu telah menetapkan keperluan pemakaian pelitup bagi penumpang yang keluar atau masuk negara itu.



"Pendirian kami secara amnya adalah bagi mematuhi keperluan negara sumber atau destinasi yang ingin ditujui," katanya lagi.



Beliau berkata memandangkan paras perjalanan antara Singapura dengan China masih berada di bawah 10 peratus paras prapandemik, "jelas masih terdapat lagi banyak skop untuk memulakan semula perhubungan udara dan aliran penumpang" antara kedua-dua negara.



Namun beliau enggan menetapkan jadual waktu tertentu terhadap proses itu kerana perlu menimbangkan pelbagai faktor.



Ini termasuk faktor komersial - meskipun beliau menjangkakan ada permintaan tinggi terhadap permohonan penerbangan antara Singapura dengan China - keadaan kesihatan umum yang kian berubah serta keupayaan Lapangan Terbang Changi bagi mengendali lebih ramai penumpang.



"Dari segi matlamat kami, kami ingin lakukan sebagaimana diinginkan seluruh dunia. Kami ingin menyambung semula perhubungan dengan China dan mengalu-alukan pengumuman dan langkah terkini ditetapkan China. Namun dalam masa terdekat, adakah permintaan akan melonjak? Saya rasa tidak, namun kami tidak akan menunggu sahaja.



"Matlamat kami adalah untuk melakukan ini secara sistematik dan beransur kerana meskipun destinasinya penting, perjalanan kami untuk mencapainya lebih penting pada tahap ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >