Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura dalam tempoh genting tentangi Covid-19, jumlah kes jangkitan dijangka turun dalam 2 minggu: Lawrence Wong

May 19, 2021 | 12:38 AM



SINGAPURA kini mengharungi tempoh genting dalam menentang wabak Covid-19 dengan kes baru terus dikesan sebelum situasi kurang membebani dalam masa dua minggu mendatang, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong pada Selasa (18 Mei).



Beliau menambah kes jangkitan yang dikenal pasti kini kemungkinan berputik dua minggu lalu dengan keyakinan langkah terkini yang dikuatkuasakan akan mengurangkan jumlah kes yang ada. 



"Namun, kita juga perlu mengenal pasti bahawa wujud susulan masa dengan langkah yang kami perkenalkan ini," kata Encik Wong, menjelaskan bahawa kesan pengenalan langkah lebih ketat ini makan masa bagi menampakkan hasil.



Justeru, buat masa ini, pemerintah akan terus mengawasi situasi ini secara berhati-hati dengan merujuk pada pakar kesihatan bagi menentukan jika langkah lebih ketat akan diperlukan, tambahnya.



Encik Wong menggesa warga Singapura agar "melakukan apa jua yang termampu" demi memperlahankan penularan virus ini seperti menjalani vaksinasi, duduk di rumah dan menggunakan pelitup dengan cara yang betul. 



Beliau juga menambah penduduk telah bekerjasama dengan langkah yang diambil sejauh ini dan mengambil segala kekangan dengan semangat waja.



"Saya tahu ini (kesan langkah-langkah yang diperketat) sangat sukar dan mengganggu kehidupan anda semua. Mari kita bersedia mengharungi segalanya dengan kesabaran; teruskan bangkitkan semangat kita, terus menyokong satu sama lain, dan kita mampu mengatasi tamparan hebat ini bersama-sama," katanya.



Encik Ong mengulas tentang situasi kes di Singapura di sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian yang dipengerusikan bersama Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Di sidang itu, strategi baru program vaksinasi Singapura diperkenalkan dalam usaha melindungi lebih ramai penduduk dengan lebih tangkas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >