Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura dipilih semula ke majlis penerbangan awam antarabangsa

Komited sokong ICAO bina penerbangan antarabangsa berdaya tahan, inklusif dan mampan
MOT
Oct 03, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA berjaya dipilih semula ke Majlis bagi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dalam undian di sesi ke-41 Mesyuarat ICAO yang berlangsung di Montréal, Canada, kelmarin.



Ini dinyatakan Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataannya, semalam.



Menteri Pengangkutan Encik S Iswaran, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, yang memimpin delegasi Singapura ke Mesyuarat ICAO, berkata penghubung udara negara ini amat penting bagi memastikan lapangan terbang mampu menampung aliran, terutamanya semasa tempoh Formula Satu (F1), di mana terdapat pertambahan.



"Ini satu penghargaan kerana bagi Singapura sebagai sebuah hab penerbangan antarabangsa, adalah penting kita menjadi sebahagian daripada wacana sejagat tentang penerbangan.



"ICAO telah mainkan peranan amat penting dalam pemulihan penerbangan - menyelaras usaha semua negara - tapi juga dalam berfikiran tentang masa depan berkaitan kemampanan dalam penerbangan dan pembangunan kapasiti, piawai, keselamatan dan lain-lain."



Majlis itu merupakan badan mentadbir bagi agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan terdiri daripada 36 anggota.



Kali pertama Singapura dipilih ke Majlis bagi ICAO adalah pada 2003, di satu sesi Mesyuarat Luar Biasa yang diadakan bagi mengisi tiga kerusi Majlis baru.



Singapura kemudian dipilih semula di sesi-sesi mesyuarat yang diadakan setiap tiga tahun, sejak 2004 (2007, 2010, 2013, 2016, dan 2019).



Singapura menyertai lebih 100 panel dan kumpulan pakar ICAO, termasuk dalam peranan kepimpinan, bagi membantu membentuk piawai antarabangsa dalam bidang seperti keselamatan penerbangan, pengurusan trafik, dan perlindungan sekitaran.



Dalam satu catatan pada 30 September lalu, Encik Iswaran mengumumkan kerjasama antara Singapura dengan Amerika Syarikat berkaitan perubahan iklim.



Bidang yang akan diberi tumpuan termasuk kemampanan minyak dan laluan hijau antara negara bagi menggalak pengguna memilih penerbangan yang menggunakan kuasa sedemikian.



Dalam satu catatan berasingan, beliau juga mengumumkan tentang perjanjian udara terbuka Singapura dengan Britain yang disemak semula dan kini meliputi juga perlindungan sekitaran.



Singapura juga menyumbang kepada pembangunan modal insan penerbangan.



Akademi Penerbangan Singapura (SAA) yang merupakan syarikat latihan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), menawarkan pelbagai program latihan penerbangan khusus bagi para pemimpin penerbangan awam dan profesional di serata dunia.



Bersama pertubuhan penerbangan utama dan institusi akademik serta latihan, Republik ini telah menubuhkan platform bagi pemimpin dan pakar penerbangan untuk berkongsi amalan dan idea terbaik.




"Ini satu penghargaan kerana bagi Singapura sebagai sebuah hab penerbangan antarabangsa, adalah penting kita menjadi sebahagian daripada wacana sejagat tentang penerbangan."



- Menteri Pengangkutan Encik S Iswaran




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >