Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura 'gergasi kerdil' tongkah arus isu air negara

Jul 14, 2018 | 05:30 AM



MENTERI Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berbesar hati Singapura menerima pengiktirafan mantan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon sebagai "gergasi kerdil" dengan idea inovatif dan moden dalam menghadapi isu sekitaran dan air.



Dalam pos Facebook semalam, Encik Masagos turut meluahkan rasa gembira berpeluang bertemu rakan antarabangsa dalam sidang air sedunia yang bermula pada 8 Julai lalu.



Sidang tersebut diadakan sempena ulang tahun ke-10 Minggu Air Antarabangsa Singapura.



"Saya mempunyai peluang baik bertemu sahabat dan rakan antarabangsa minggu ini.



"Kami bertukar pandangan dan berbincang mengenai kerjasama dalam perubahan iklim dan isu sekitaran dan air," katanya.



Beliau juga gembira dapat bertemu Encik Ban lagi.



"Beliau menyampaikan ucaptama penuh makna dalam Dialog Air Minggu Air Antarabangsa Singapura.



"Beliau menyifatkan Singapura sebagai "gergasi kerdil" dengan idea inovatif dan moden selain berkata beliau sentiasa kagum dengan keamanan dan keselamatan yang dinikmati Singapura," ujarnya.



Beliau juga terdorong dengan kesungguhan yang ditunjukkan negara lain dalam mengambil langkah bagi kelestarian sekitaran.



"Menangani isu sekitaran dan air memerlukan komitmen jangka panjang dan kerjasama antarabangsa serta serantau.



"Saya menantikan saat bekerjasama dengan rakan demi menghadapi cabaran tersebut dan mencipta huraiannya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >