Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Guangdong boleh pertingkat kerjasama

Mar 31, 2023 | 05:30 AM



TERDAPAT potensi bagi Singapura dan Guangdong, ekonomi wilayah terbesar China dan kuasa perkilangan yang besar, untuk mempertingkat kerjasama, menurut pemimpin kedua-dua negara itu pada Rabu.



Ini termasuk kerjasama di Kawasan Greater Bay - yang termasuk Guangdong, Hong Kong dan Macau - yang mempunyai kedudukan sebagai hab teknologi dan kewangan utama China.



Khususnya, Guangdong akan terus mendapatkan idea dari Singapura dalam bidang perancangan bandar dan pembangunan ekonomi serta industri perkapalan, kewangan dan perkilangan, kata setiausaha parti Guangdong, Encik Huang Kunming, dalam satu mesyuarat bersama Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Guangzhou.



Ini sedang wilayah China selatan itu terus menuju ke arah apa yang disifatkan Encik Huang sebagai pembangunan bermutu tinggi, termasuk komitmen untuk menyelesaikan masalah ketidakseimbangan.



Ekonomi Guangdong, yang bernilai 12.8 trilion yuan ($2.47 trilion) pada 2022, adalah yang terbesar di seluruh China.



Namun, Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) wilayah tersebut hanya tumbuh 1.9 peratus tahun lalu, lebih rendah berbanding GDP Fujian dan Jiangxi pada 4.7 peratus, yang merupakan kadar pertumbuhan tahunan tertinggi di China.



Bahkan, pemimpinnya juga telah mengenal pasti perpecahan antara bandar dengan perkampungan sebagai rintangan terbesar yang menghambat pembangunan Guangdong.



Berucap dalam satu mesyuarat rasmi, Encik Lee berkata kali terakhir beliau berkunjung ke Guangdong adalah hampir sedekad lalu dan lawatan kali ini memberinya petunjuk baik tentang pembangunan dan perkembangannya.



"Hubungan kami dengan China adalah amat baik secara keseluruhannya dan dengan China telah selesai mengadakan Kongres Parti yang ke-20 dan Lianghui serta ingin maju ke hadapan dengan dasar baru bagi fasa seterusnya, kami mahu membawa hubungan ini ke tahap seterusnya," ujarnya.



Pada 2022, China mengadakan mesyuarat politiknya yang berlangsung dua kali dalam sedekad, di mana Presiden Xi Jinping berjaya mendapat mandat untuk berkhidmat sebagai setiausaha agung Parti Komunis China bagi penggal ketiga dan mengumumkan pucuk pimpinan baru.



Semasa Lianghui - mesyuarat parlimen tahunan China - pada 2023, kedudukan pucuk pimpinan itu rasmi disahkan, termasuk mantan ketua parti Shanghai, Encik Li Qiang, sebagai perdana menteri.



Encik Lee yang antara lain turut diiringi Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung; dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dalam lawatannya ke China itu berkata beliau telah membawa pasukan yang hebat.



"Dan kami mengalu-alukan hasil yang kukuh daripada perbincangan kami," ujarnya.



Encik Lee juga dijadual bertemu dengan Encik Xi pada Jumaat dan Encik Li pada Sabtu.



Encik Huang, yang juga mantan ketua propaganda China dan dilantik sebagai pegawai pemerintah tertinggi Guangdong pada Oktober 2022, berkata projek bersama wilayah itu dengan Singapura amat mengagumkan.



Ini termasuk Bandar Ilmu Guangzhou China-Singapura dan Inisiatif Bandar Bijak di Shenzhen.



Pemimpin dari Singapura juga kerap bertemu menerusi Majlis Kerjasama Singapura-Guangdong, yang dipengerusikan bersama oleh Encik Ong dan gabenor Guangdong, Encik Wang Weizhong.



Encik Lee kini berada di China bagi satu lawatan rasmi enam hari ke negara itu.



Beliau tiba di Boao, Hainan, pada Rabu dan beliau dijadual berucap di Forum Boao bagi Asia pada Khamis.



Encik Li dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menghadiri acara tersebut.




“Hubungan kami dengan China adalah amat baik secara keseluruhannya dan dengan China telah selesai mengadakan Kongres Parti yang ke-20 dan Lianghui serta ingin maju ke hadapan dengan dasar baru bagi fasa seterusnya, kami mahu membawa hubungan ini ke tahap seterusnya.”



– Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >