Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura hasil sisa 6.4% lebih tinggi pada 2022, kadar kitar semula domestik jatuh

May 04, 2023 | 06:13 AM



SEDANG kadar kitar semula keseluruhan di Singapura meningkat pada 2022, kadar kitar semula domestik telah jatuh berbanding 2021.



Sisa keseluruhan yang dihasilkan kededua sektor domestik dan bukan domestik di Singapura pula lebih tinggi berbanding 2021.



Mengumumkan statistik kitar semula dan sisa terkini bagi 2022, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Selasa mendedahkan bahawa sisa yang dihasilkan oleh sektor bukan domestik - industri dan premis komersial - meningkat dari 5.12 juta tan pada 2021 ke 5.53 juta tan pada 2022.



Sisa yang dikumpulkan daripada sektor domestik - rumah dan premis perdagangan seperti stesen minyak dan pusat penjaja - pula meningkat dari 1.82 juta tan ke 1.86 juta tan.



Secara keseluruhan, sisa yang dihasilkan pada 2022 adalah sebanyak 6.4 lebih banyak berbanding tahun sebelumnya, di mana NEA kaitkan dengan kegiatan ekonomi yang meningkat.



Dua aliran sisa perindustrian besar - sisa pembinaan dan perobohan serta logam ferus - merupakan penyumbang utama kepada kenaikan dalam penghasilan sisa keseluruhan disebabkan peningkatan dalam kegiatan binaan dan perobohan pada 2022.



Bagi kadar kitar semula pula, ia meningkat dari 55 peratus pada 2021 ke 57 peratus pada 2022 secara keseluruhan.



Walaupun kadar kitar semula daripada sektor bukan domestik meningkat sebanyak 2 peratus dari 2021 ke 72 peratus pada 2022, kadar kitar semula domestik jatuh 1 peratus ke 12 peratus dari 2021 ke 2022.



Kemerosotan dalam kadar kitar semula domestik sebahagian besarnya disebabkan kurangnya sisa kertas atau kadbod serta tekstil atau kulit yang dikitar semula kerana jumlah berkurangan yang dieksport untuk dikitar semula.



"Kadar kitar semula bagi sisa kertas/kadbod dan tekstil/kulit merosot sedang jumlah yang diesksport jatuh kerana kos pengangkutan tinggi berbanding dengan tahap sebelum Covid-19," kata NEA.



Kadar kitar semula bagi sisa kayu juga lebih rendah sedang jumlah sisa kayu yang dibuang meningkat, lantas mencerminkan pemulihan berterusan dalam kegiatan binaan dan perindustrian lain, tambah agensi tersebut.



Namun, terdapat peningkatan keseluruhan dalam kadar kitar semula yang dikaitkan dengan peningkatan dalam jumlah sisa binaan dan perobohan serta logam ferus yang dikitar semula, masing-masing naik sebanyak 40 peratus dan 2 peratus.



Kemasukan syarikat kitar semula yang baru di Singapura juga membantu menaikkan kadar kitar semula bagi beberapa aliran sisa.



"Dengan lebih banyak sisa yang dihasilkan, terdapat keperluan lebih mendesak untuk beralih dari ekonomi sehala ke kitaran, bina budaya yang lebih mampan di mana kita kurangkan, gunakan semula dan kitar semula.



"Semua orang mempunyai peranan untuk dimainkan. Dengan mengurangkan sisa dan kitar semula dengan betul, kita boleh memainkan peranan untuk memerangi perubahan iklim dan memastikan Singapura kekal bersih, hijau dan boleh didiami," kata NEA.




"Dengan lebih banyak sisa yang dihasilkan, terdapat keperluan lebih mendesak untuk beralih dari ekonomi sehala ke kitaran, membina budaya yang lebih mampan di mana kita mengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semula. Semua orang mempunyai peranan untuk dimainkan. Dengan mengurangkan sisa dan mengitar semula dengan betul, kita boleh memainkan peranan kita untuk melawan perubahan iklim dan memastikan Singapura kekal bersih, hijau dan boleh didiami."



- Kenyataan NEA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >