Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, India akan mula pusingan ketiga rundingan perjanjian ekonomi dua hala

Jun 02, 2018 | 05:30 AM



SINGAPURA dan India tidak lama lagi alan melancarkan pusingan ketiga perbincangan mengenai satu perjanjian ekonomi dua hala penting dan akan menimbangkan untuk meluaskan perjanjian khidmat udara memandangkan trafik yang semakin meningkat.



Bercakap dalam satu sidang media selepas mengadakan perbincangan tentang berbagai isu di Istana semalam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri India Narendra Modi berkata mereka bersetuju memperkukuhkan hubungan ekonomi dan meluaskan kerjasama pertahanan lapor The Straits Times.



Mengumumkan selesainya semakan kedua perjanjian ekonomi, Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (Ceca), Encik Lee menjelaskan ini mencerminkan hubungan ekonomi dua hala adalah kukuh dan kededua negara mahu meluaskan usaha bersama.



Encik Modi yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Singapura, menjelaskan kededua pemimpin itu telah bersetuju bahawa rumusan semakan itu bukan sasaran mereka tetapi ia adalah untuk mencapai satu matlamat.



"Para pegawai kami akan tidak lama lagi memulakan perbincangan mengenai peningkatan dan memperbaharui perjanjian ini," ujar Encik Modi.



Bagaimanapun, adalah tidak jelas sama ada sebarang kemajuan telah dicapai dalam isu-isu yang menimbulkan cabaran, seperti akses lebih tinggi untuk bank-bank India dan karyawan sofwe di Singapura.



Ceca, adalah perjanjian serupa itu yang pertama dimeterai India dengan negara lain.



Dagangan di antara Singapura dan India melonjak 14.6 peratus tahun lalu kepada $25 bilion.



Pelaburan Singapura di India pula, tumbuh kepada $36.3 bilion pada 2016, berbanding $22.7 bilion in 2014.



India merupakan rakan dagangan terbesar Singapura di Asia Selatan manakala Singapura rakan dagangan kedua terbesar India di Asean.



Awal dari itu, kededua perdana menteri telah menyaksikan pertukaran beberapa perjanjian memorandum persefahaman (MOU) dalam bidang logistik, kerjasama ekonomi, teknologi kewangan, pentadbiran awam dan perancangan, serta keselamatan siber.



Pada hari pertamanya di sini semasa berucap dalam satu acara perniagaan Singapura-India di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands, Encik Modi telah menyifatkan kerjasama ekonomi sebagai 'nadi' dalam hubungan di antara kededua negara.



"Kededua singa (Singapura dan India) harus melangkah ke masa depan bersama-sama," ujarnya kepada sekitar 4,500 peniaga dalam acara itu.



Dalam acara itu, Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) menandatangani tiga inisiatif termasuk membentuk rangkaian bagi karyawan muda di Singapura dan India menimba pengetahuan tentang perniagaan, dagangan dan pelaburan di kededua pasaran.



Sementara itu, dalam lawatannya ke Universiti Teknologi Nanyang (NTU) semalam, Encik Modi menandakan lawatan julung-julung kali ke sana dengan menanam pokok neem.



Beliau, yang juga merupakan perdana menteri India pertama melawat universiti itu, telah menyertai satu dialog tentang inovasi dan berinteraksi dengan para pelajar.



Hari ini, Menteri Kanan Emeritus, Goh Chok Tong dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri Modi.



Encik Modi juga akan dijadualkan membuat lawatan ke Taman Orkid Negara dan sejenis orkid akan dinamakan sempenannya, iaitu Dendrobium Narendra Modi.



Beliau juga akan meluangkan masa berkunjung ke Masjid Jamae Chulia, Kuil Sri Mariammman dan Kuil Buddha Tooth Relic.




"Sejak kami menandatangan CECA (Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif) pada 2004 perdagangan dua hala kami telah naik lebih seganda daripada $12 bilion kepada $25 bilion. Singapura merupakan pelabur kedua terbesar di India dengan jumlah pelaburan keseluruhan berjumlah $36 bilion daripada 2000 hingga 2016."
- Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.



"Bagi India, Singapura merupakan sumber pelaburan asing, dan bagi pelaburan India ke luar negara, ia (Singapura) juga merupakan destinasi yag diminati. Saya juga gembira melihat syarikat India menggunakan Singapura sebagai batu loncatan bukan hanya ke negara ini bahkan bagi rantau Asean. Bagi syarikat Singapura pula sedang India maju akan ada pelbagai peluang yang muncul dalam pelbagai sektor penting."
- Perdana Menteri India Encik Narendra Modi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >